(Tips kali ini pernah di postkan lama dulu pada tahun 2012 dan kemudian mendapat bantahan sesetengah pihak. Oleh itu, selepas sekian lama, post ini diangkat semula dengan adjustment.)
Sepatutnya sebagai pemilik, penunggang, atau yang seangkatan dengannya perlu mempunyai sedikit sebanyak ilmu pengetahuan dalam mekanikal motosikal. Lebih baik jika kita mengetahui dengan mendalam atau sekurang-kurangnya dapat membuat minor service sendiri.
Walaubagaimanapun, terdapat bengkel dan mekanik yang dapat membuat baikpulih dan maintainance dengan baik. Cuma kena pilih bengkel dan mekanik terutamanya bagi motorcross atau scrambler kerana tak semua bengkel dan mekanik dapat buat.
TIPS 1: Pastikan ada alternatif bengkel dan mekanik.
TIPS 2 : Jangan lupa bertanya kemahiran bengkel dan mekanik. Jika meragukan jangan buat.
TIPS 3 : Perlu ada sedikit kemahiran dan pengetahuan mekanikal, jangan serah semua kepada mekanik. Pastikan berbincang dahulu dengan mekanik, lihat dan dengar apa yang dikatakan mekanik, jika tidak memuaskan atau meragukan, jangan buat.
TIPS 4 : Jika baikpulih atau maintainnace dibuat, pastikan ujicuba dibuat sebelum ambil motor.
TIPS 5 : Bengkel dan mekanik yang bagus akan memberi warranti tanda kualiti kerja dan keyakinan mereka terhadap servis yang mereka beri kepada pelanggan.
TIPS 6 : Jika tidak berpuas hati dengan servis yang diberi oleh bengkel dan mekanik, pastikan berbincang dengan baik untuk mendapat penyelesaian.
TIPS 7 :Jangan terus belasah motor yang baru diservis atau dibaikpulih. Mulakan dengan tunggangan yang kurang agresif untuk melihat adakah servis atau baikpulih tadi tiada kecacatan seperti skru longgar atau minyak leaking.
TIPS 8 : Bertanya kepada rakan-rakan yang telah lama menyertai bidang ini atau pengesyoran rakan-rakan dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk mendapat info yang baik.