Thursday 31 December 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2016 KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada semua warga Offroad dan Onroad, semoga tahun baru 2016 ini akan lebih baik daripada tahun 2015. Mohon maaf atas segala kesilapan sebelum ini dan marilah kita sama-sama buka lembaran baru tahun 2016 dengan azam untuk meningkatkan lagi potensi diri. Laman Blog ini juga menghadapi suka duka dalam tahun 2015 apabila kandungan yang terdahulu menghadapi masalah dengan pihak Google dan Alhamdulillah sedikit sebanyak isi kandungan post-post yang lama berjaya diselamatkan.

Mulai 1 Januari 2016 ini, isi kandungan ARZTMAN.BLOGSPOT akan berubah tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan identiti offroad sebagai tema utama.

 Marilah sama - sama berkongsi informasi, mengembangkan kesamaan dan meraikan perbezaan.

SELAMAT TAHUN BARU 2016!!



Friday 17 April 2015

GAMBAR DALAM BLOG HILANG @ DELETED BY GOOGLE PLUS YANG DISAMBUNG KE PICASA ALBUM

Usaha selama 1 tahun lebih telah hilang!!!

Untuk makluman, blog ini telah mengalami kehilangan gambar di akibatkan owner telah mengaktifkan google plus.

Apabila google plus diaktifkan, semua gambar yang diuploadkan ke dalam blog disambung kepada picasa album dan tertera di dalam gambar profile.

Sorting gambar profile adalah secara automatik dan boleh dilihat oleh semua.

Disebabkan oleh perkara tersebut, owner telah delete gambar daripada picasa album yang menyimban gambar di profile. Sebahagian gambar tidak sesuai diletakkan di profile kan?.Privacy.

Apabila gambar dalam album profile kena delete, gambar yang diattachkan di laman blog turut dipadamkan. TANPA WARNING!!!.

Dan mengikuti pertanyaan google, memang TIDAK BOLEH DISELAMATKAN!!!!Dan Google hanya berjanji untuk memastikan selepas ini ada promt ARE YOU SURE TO DELETE?...huhuhu baru nak buat ke??? aiyakkkk...

ARGHHHHH!!!

Sila rujuk ke alamat web dibawah untuk penerangan lanjut.

 https://productforums.google.com/forum/#!topic/picasa/9ttGjFI6GS4[151-175]


Oleh itu, owner perlu kemaskini semula setiap post yang lampau untuk update kehilangan gambar dalam post.


POSTING SEBELUM TAHUN 2016 TELAH DIBAIK PULIH TETAPI TERDAPAT BEBERAPA CAPTION YANG TIDAK DAPAT DISELAMATKAN. POST 2015-2012 DIKEKALKAN DENGAN PINDAAN.

MOHON MAAF ATAS KEKURANGAN POST-POST TERSEBUT.