Friday, 14 June 2013

Tips : Jangan Biarkan Pemegang Ekzos Yang Patah

Ekzos CMS,AHM,FMF, DLL.Motocross Scrambler Dirt Bike.

Salam sejahtera dan salam hormat. Berita sedih sebab kena keluar duit poket telah melanda baru-baru ini.  Ceritanya begini.

1) Pemegang ekzoss sebelah atas tabung telah patah dimana mungkin disebabkan gegaran atau mana-mana bahagian ekzos terkena tayar belakang atau terjatuh semasa main di trek atau trail.

2) Telah dibiarkan bahagian pateri yang patah itu selama hampir 3 bulan. So bahagian tabung belakang ekzos tu tergantung sendiri ditampung hanya oleh paiping ekzos jerk.

3) Kehulu kehilir dengan ekzos tergantung tu selama 3 bulan tanpa ada apa-apa terjadi.

4) Walaubagaimanapun...sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Perkara yang lebih buruk berlaku dimana kawasan penyambungan antara tabung belakang dengan paiping telah koyak disebabkan terpaksa menampung beban yang lebih.Kannnn....kalau kena tukar ekzoss ni, menangis denn.


a. Kawasan yang pateri dia gagal. Kira patah la. Mungkin pernah jatuh atau gegar teruk sampai jadi macam ni. Stainless steel tu. So bendaalah ni aku dah biar dalam 3 bulan kot. Dah boleh guna lagi, buat apa susah-susah nak gi buang duit. Biar tergantunglah selama 3 bulan. Ok Jerkk.

b. Haaa ambik ubat. Pasal tak perbaiki tempat pegang ekzoss ke body motor tu, leher tabung ke paiping dah koyak. Macam pecah la. Bila tabung takde tempat pegang, kawasan leher ni la yang menampung berat ekzoss tu. Bayangkanlah ke hulu ke hilir pergi trek dan trail tu. Mau tak koyak. Tu pun nasib tak gugur dalam trail. Tahan lasak jugak la.

c. Tiada opsyen lain. Takkanlah nak dibiarkan juga keadaan tu berlarutan. Tak sayang motor takpe, tapi mencegah lebih baik dari mengubat walaupun dah terlambat. Ekzoss aku...sedih.

d.Dengan penuh kasih sayang, tabung ekzoss tu dikeluarkan untuk dihantar ke kedai pateri. Disebabkan ia stainless steel. Kena la pergi pateri gas.

e. Opss...sebelum pergi pateri, Ah John membuka tabung tu dulu untuk tukar fiber. Terpaksa la drill rivet, cuci dalam-dalam dia dari segala kotoran dunia. Pastu pergi hantar kedai yang ada pateri gas.

f. Semasa tragedi kebocoran ekzoss ini berlaku, dimana terdapat koyakan di bahagian penyambungan ini, kuasa motor telah berkurangan. Terasa lemau sikit. Tak pergi kata orang. Pastu bunyi dia tak payah cakap la...jiran cakap, agak gampang bunyi motor kau ni. Aku ok jerk, memang bunyi dia sebelum koyak ke selepas koyak ke, dengar sama jerkk....dah rentan bunyik kot.

g.Haaa kemas juga kerja-kerja pematerian di kawasan pemegang ekzoss ke body tu. Dah dipateri dengan kemas sekali. Harap-harap tahan la ko.

h. Akhir sekali pemasangan semula ekzos ini ke motor. Tengok si Ah John tu. Begitu teliti sekali membuat kerja. Kalau kitaorang pergi buat motor kedai Ah John memang kerja-kerja motor yang kritikal ni dia buat sendiri bukan pekerja dia.Haaa...garenti puas hati.

i. Kepada siapa-siapa yang hendakkan servis terbaik, datanglah kesini. Aksesori pun ada. Area kedai dekat bomba tabuan, Kuching arah pergi tol Kg.Gersik.

j. Banyak motor yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan Ah John.

k. Lain-lain jenis motor pun Ah John ada buat juga. Motocross dan motor lumba kepakaran Ah John ni sebab dia pernah berlumba dan pernah jadi mekanik rasmi sukan-sukan bermotor ini.

Akhir cerita, jika anda mengetahui terdapat kerosakkan pada motor anda, jangan biarkan ia menjadi parah. Hantarlah ke kedai mekanik yang berdekatan untuk didiagnos dan jika perlu diperbaiki segera. Sayangilah motor anda dan yang lebih penting lagi, keselamatan harus dijaga. Biar rosak dirumah jangan rosak dalam trail.

No comments:

Post a Comment