Thursday, 6 June 2013

Tips :Jika ada lebih baik...Water jet

YZ250f,KX250F,CRF250R?.

Post hari ini tentang mesin iaitu Water Jet. Ada nama lain ke?. Ada kot, maaf belum sempat google. Aku panggil Water Jet jer.Tengok gambar kat bawah ni. Kalau mesin ini ada nama lain tolong email bagitau ye.

Water Jet aku model Kacther.

Water jet ni mempunyai banyak fungsi. Kebiasaannya kita akan nampak di kedai-kedai mencuci kenderaan menggunakan mesin ini bagi membantu kerja-kerja mencuci. Ayat yang kita selalu dengar," tembak bagi cuci ye bang". Haaa itu sebahagian dari fungsi mesin ni. Ada banyak lagi fungsi dia.

Fungsi lain-lain,kalau di rumah, untuk cuci kereta, motor, lantai, longkang, karpet, bumbung dan pelbagai lagi la. Apa yang istimewanya ialah mesin ini mampu memancutkan air dengan laju. Sehubungan dengan itu,kotoran-kotoran akan cepat tertanggal.Ye lah, kalau kita menggunakan air paip dengan paip biasa tu, kekuatan pancutan air tu biasa-biasa jek. Jika guna water jet ni, silap kena air dekat muncung noozle tu, boleh tahan la sakit.Sebab laju air yang dipancutkan keluar tu.

So, kalau bermain motocross/scrambler ni, sudah tentu  motor selalu berselut dengan tanah ye tak?. Sebab berselut ni lah orang cop sukan ni comot. Yelah, tuan comot, motor pun comot. Camaner?.Naik superbike kan best?, smart je memanjang.

Selalunya selepas balik dari taril atau bermain trek, motor akan kotor la. Siap ada tanah 3,4 kilo kita bawak balik, tambah-tambah kalau lepas hujan. So balik rumah kena la cuci . Sebaik-baiknya setiap kali lepas main kita cuci la motor tu. Jangan biar sampai seminggu dua comot dengan tanah. 

Kesan kalau biar motor comot :
1) Motor akan cepat karat. Tambahan pula dikawasan yang terdedah disebabkan oleh calar, bengkok dan sebagainya.

2)Menyukarkan kita membuat penyelenggaraan motor. Ye la, dah comot.Nak buka skru pun tak jumpa.

3)Motor kelihatan tidak kemas. Bila motor tidak kemas, orang akan kata tuan dia malas.Boleh Ker?,Boleh la kan?.

4)Kalau tetiba kawan-kawan datang nak beli motor, tengok rupanya macam tu, kan dah jatuh value?.Ye ke? Ye la...

5)Bini marah, anak marah, mak marah, ayah marah, atuk marah, jiran marah. Kotor kata mereka.

Kalau pergi kedai cuci motor/kereta tu alamat kena caj la.Takpe la, dah dia buka kedai kan? kena la kita bayar. Selalunya untuk mencuci motor ni, ikut rate biasa je. Kecuali ada extra tanah, kotor banyak sangat, kita suruh sembur sana sini, tuan dia up la sikit. Biasa la, nak service baik, harga pun mesti baik. Rate dari RM3 sampai la RM5, siap wax tayar semua...Mungkin lain-lain tempat ada rate masing-masing. 

Lagi satu cara cuci sendiri. Cuci sendiri guna paip air atau baldi atau mesin water jet inilah. So, post ni tentang water jet. Kita cerita tentang water jet lah. Kelebihan guna water jet ni :

a) Jimat air. Serious, memang jimat berbanding guna paip atau baldi.
b) Memudahkan kerja. Jimat masa kita untuk mencuci.
c) Jimat duit sebab cuci sendiri. (Modal beli mesin, modal bayar bil air dan elektrik letak asing yer.)

Tapi mesin ini pun ada keburukannya.

a) Agak bising.Kalau cuci motor selepas subuh memang jaga jiran sebelah.
b) Kadang-kadang leceh memasangnya. Nak pasang 10 minit, nak guna 5 minit jer.
c) Bil elektrik ada tambah la.Kalau cuci guna paip, bil air jer kena caj...kalau guna mesin ni, bil elektrik kena tambah. Tapi walaubagaimanapun, masa mencuci kita jadi singkat. Masa itu kan emas?.

Kadang-kadang waktu rajin tu, hari-hari pergi main motor. Hari-hari motor comot. So hari-hari kena cuci. Sejak menggunakan mesin water jet ni, kehidupan ku tidak sama lagi. Lebih mudah kini. Hahaha iklan.
Kalau nak membeli water jet ni pulak, kawan-kawan ada syorkan tips begini :

a) Beli jenama yang selalu kawan-kawan pakai.Jenama yang dah terbukti.Mahal tidak semestinya tahan.

b) Hos noozle atau senapang gun tu kalau dapat yang panjang berjela 10 meter lagi bagus. Sebab kalau hos panjang kita boleh gerak bebas tanpa perlu ubah water jet tu berkali-kali. Tapi dengan syarat, mesin tu tidak terjejas fungsinya. Kalau dah panjang sangat kang tak laju pula pancutan airnya.

c)Wayar plug mesti panjang dan kalau boleh lepas guna dia roll sendiri masuk ke mesin. Haaa ini untuk memudahkan capaian kepada punca elektrik. Boleh la cuci motor jauh sikit dari pasu bunga emak tu.

d)Kalau yang ada roda lagi baik. Senang disimpan.

Berikut, bahagian-bahagian penting water jet ini. Harga pelbagai, RM299.00 sampai la RM1000.00 plus plus.Kenapa selalu ada harga RM299.99?.Sebenarnya itu strategi marketing tentang pricing barang. Dikatakan otak manusia nampak harga itu murah kalau kita letak tanda RM299.99...haaaa tengok waktu sale tu...mesti berlambak harga RM1.99, RM2.99...haaaa perasan tak?.

Ok, kembali kepada bahagian-bahagian penting ye. Lain model lain bahagian dia.Tapi fundelmental mesin ni aku ingat sama jer mana-mana brand pun.

Suis on off

Wayar punca elektrik

Water inlet

water out let

Noozle aka gun @ senapang


Ok, itu sahaja setakat ini. Oh, ye...model di atas adalah model home appliance. Yang untuk kegunaan biasa dirumah. Ada pelbagai lagi jenis sebenarnya. Yang guna pam diesel/petrol pun ada. Guna preasure hidrolik pun ada, eh banyak la. Tapi asas dia sama je...tekanan air.Ada alat ini memudahkan kerja mencuci, kalau takde pun takpe...sakit sikit la tapinye.Jumpa di lain post.

No comments:

Post a Comment