Baju motocross Seluar Motocross untuk track dan trail. Selain motorsikal yang sesuai untuk aktiviti lasak seperti masuk trail dalam hutan dan track lumba, baju dan seluar yang sesuai adalah penting.
Kebanyakan daripada kita termasuk aku sendiri selalu guna pakaian lasak seperti :
a) Army pants (Bundle selalunya)
b) Cargo pants
c) T-Shirt biasa
d) Seluar jean's
Selain mudah didapati dan harganya murah, ketahanan pakaian seperti di atas memang tidak dapat dinafikan. Asal boleh kata orang.
Walaubagaimanapun, untuk sukan ini, terdapat baju seluar yang dibuat khas untuk rider-ridernya. Macam polis laa, ada seragam dia, bomba ada seragam dia, Cik Pandalela renong pun ada pakaian dia untuk sukan terjun. Sama juga dengan sukan ini.
Pasal harga, kualiti, keselesaan dan keperluan masing-masing mungkin terlalu abstrak.Lain orang lain cara dan lain pemikiran. Yang nak dikongsi disini ialah apa pakaian yang sesuai untuk sukan ini.
Pakaian untuk Trail.
Top priority ialah keselesaan dan lasak kerana masuk trail terutamanya dalam hutan akan menghadapi mukabumi dan cuaca yang pelbagai.Safety? ermmmm, tengok cara bawak motor...Kalau dah extreme sangat dalam trail of course kena cari pakaian yang terbaik.Ciri-ciri yang diperlukan :
1) Lasak dan tidak mudah koyak.
2) Ringan, nipis dan mudah kering jika kena air hujan, air sungai, air selut.
3) Bagi seluar, celah kelangkang ada ruang untuk memudahkan handling.Army pants kat bundle paling sesuai.
4) Baju yang nipis dan mudah kering.
So, selalunya yang aku nampak, bila masuk trail orang akan compromi sikit pasal pakaian ni. Guna pakaian biasa-biasa je.Asalkan selesa dan lasak. Ye lah, kalau ikutkan sama jer pakaian trail dan track dalam sukan ni. Selain safety anda akan nampak cool.
Lagi satu, bila masuk trail ada orang pakai knee guard, body armor, elbow guard.Kasut memang wajib la.Itu cerita lain.Ini bab pakaian je. Kena cari pakaian yang muat masuk safety item ni jugak.Kalau tak, nak ketatkan klip kasut pun payah ooo.
Pakaian untuk Track
Top priority ialah safety dan lasak.Of course kalau dapat yang selesa memang terbaik.Pakaian track pula perlu fit masuk safety item seperti knee guard, elbow guard dan lain-lain. Lebih selamat pakai kat dalam.Sebagai contoh chest protector, ada orang pakai dalam, ada orang pakai luar. Orang yang pakai kat dalam bagitau takut sangkut bila overtake dekat2.Ada betul jugak.Ni antara ciri-ciri :
1)Safety
2)Lasak dan muat safety gear nak sumbat masuk.
3) Nampak cun, cool, tertarik daa boomm semua la.
Untuk track, macam seluar ada dua lapis...jadi tiga lapis kalau pakai boxer atau seluar dalam. Satu lapis seluar panjang, satu lapis seluar pendek ada padding peha, punggung semua termasuk kawasan alat sulit dan jika perlu satu lapis lagi boxer / seluar dalam la.
Baju satu lapis atau dua lapis. Satu lapis baju lengan panjang, satu lapis singlet atau inner. Ikut keperluan masing-masing. Kalau setakat masuk trek biasa-biasa ni, aku tengok yang tak pakai baju pun ada. Dia pakai Chest protector jer. Ikut suka dia la.
Pandangan aku mudah jer, ikut suka.Setiap dari kita tahu pentingnya pakaian yang sesuai ni.Tapi adat dunia la...harga, kualiti dan kepoyoan pun kena ambik kisah.Terkurang pakai macam bahaya jerk, terlebih pakai pun kena juga, Poyoo kata kawan-kawan. Tapi ingat, safety always come first. Poyo tak poyo, kalau sakit ada kau nak tanggung?..hehe emosi pulak.
So, punca nak cari baju seluar ni banyak. Zaman internet ni order online jerk.Kedai betul yang jual pun banyak. Itu tak termasuk kedai di belah Padang besar dengan bukit kayu hitam dan rantau panjang (Siam).Di belah Johor dari Indon dan Singapura. Kalau yang pergi luar negeri, satu dunia pun boleh cari, memang banyak.Harga dan kualiti pandai-pandai adjust la.
Jenama dan stail, ini ikut rasa masing-masing...Thor la, Fox la, Scott la...eh!macam-macam la.Carik jerk.Kaler belang-belang, kotak-kotak semua ada.Yang tinggi sikit hirarki tu,brand original RM700.00 keatas.Yang golongan marhain ni RM100.00 ke bawah. Alih-alih turun trail atau track..eh?macam sama jerk?!!hahaha biasa terjadi. Ikut korang la.
Yang penting korang tahu korang beli untuk apa dan apa korang nak.Pakaian yang dibuat untuk sukan ini selalunya dah memiliki ciri-ciri yang sepatutnya seperti lasak, celah kangkang ada space, pad lutut, space untuk masuk safety gear dan lain-lain.
Ok.Itu saja cerita tentang baju dengan seluar. Opss sebelum terlupa...pesanan ikhlas dari kawan-kawan. Seelok-eloknya walau apa jenis pakaian, jenama atau harga, lepas masuk trail atau pergi main track balik basuh atau rendam bagi keluar tanah-tanah tu.
Lagi satu, elok sangat kalau cuci sendiri.Sendiri pakai sendiri seronok sendiri basuh. Kesian la pada anak bini kakak ibu yang mencuci tu.Pastu bila kering sidai, lipat dan simpan di tempat yang betul baik-baik. Barulah barang tahan lama dan cantik dipandang bila dipakai dilain kali. Jimat belanja. Itu saja. jumpa lain kali.
No comments:
Post a Comment