Thursday, 30 January 2014

Bercuti ke LEGOLAND Malaysia

LEGOLAND Malaysia.

Legoland Malaysia telah dibuka hampir setahun di Wilayah Iskandar Johor Bahru. Lokasi tepat tuan-tuan dan puan-puan boleh tengok google map atau kalau sampai sana guna waze je. Confirm sampai. Kali ini Going places nak cerita pergi Legoland Malaysia pulak. Prengggg...


Day 1 : 

Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Johor Bahru. Perkhidmatan seperti biasa la, Air Asia. Perkhidmatan tambang murah terbaik dunia. Direct flight dari Kuching ke J.B ni sekejap je pun. 45 minit je kot. Kali ni trip dengan Family. Aku, my wife dengan 2 princess tu haaa.

****Dalam Flight****



Tiba di Airport Senai, ambil bagasi dan tunggu kawan untuk urusan kereta sewa. Kami menyewa  kenari. Harga kawan-kawan dalam RM75.00 sehari semalam. Bolehlah. Jimat dan mudah. Bagasi kami tak banyak sebab tujuan jelas dan nyata. Nak pergi Legoland je.

****Dalam kereta****

Selepas urusan kereta sewa, yang berjanggut jugak kami tunggu sebab kawan kerja overtime pulak hari tu. Nasib baik airport Senai banyak jugak aktiviti boleh buat. Dapat je kereta teruss bergerak ke Hotel. Hotel biasa je dekat Jalan Bakar Bata ?. Lebih kurang la. Hotel murah tahap 3 bintang je. Nama hotel lupa pulak tapi ada specialnya hotel ni. Kenapa?, kaunter hotel menawarkan pembelian tiket masuk ke legoland!!!! yeayyyy...xyah pening-pening beratur nak beli tiket....hehehe.

Aktiviti makan-makan dan tunggu kawan sefamily lagi dari Putrajaya. Kira jadi 2 family la. Best friend my wife. Orettt...Tidoq sambil dok teringat buah durian tepi jalan nak beli ke tak nak?...zzzzz.

 Jadual harga tiket masuk LEGOLAND seperti dibawah. Mahu detail lagi, sila rujuk website Legoland kot-kot ada perubahan. Ini jadual harga tiket biasa :


Combo Adult (12-59 years) - Theme Park & Water Park

150.00 (includes a RM10.00 food voucher)


Combo Child (3-11 years) / Senior (60 years+) - Theme Park & Water Park

120.00 (includes a RM10.00 food voucher)


Water Park - Adult (12-59 years)


95.00 (includes a RM10.00 food voucher)

Water Park - Child (3-11 years) / Senior (60 years+)


75.00 (includes a RM10.00 food voucher)

Water Park - Toddler (Below 3 years)


10.00 (swim diapers will be given)

Theme Park - Adult (12-59 years)


120.00 (includes a RM10.00 food voucher)

Theme Park - Child (3-11 years) / Senior (60 years+)


90.00 (includes a RM10.00 food voucher)

* Sila rujuk laman web Legoland Malaysia untuk update harga tiket terbaru ye..

Day 2: 

Bertolak dari hotel Jalan Bakar Bata J.B ke Legoland. Kami guna waze je. Jarak lebih kurang 35 km. Sekejap je pun drive. Hari ini hanya tumpuan kepada Legoland Park.





Untuk makluman you all, Legoland ni ada 3 bahagian :
1) Legoland Park - Bahagian permainan darat seperti Genting Highland tu.
2) Legoland Water Park - Bahagian permainan Air.
3) Legoland Hotel - Bahagian tidoq.



Antara Legoland park dengan legoland Water park, pintu masuk lain-lain. Maknakata kena beli tiket baru. Boleh beli tiket sekaligus atau beli kat pintu masuk. Kami beli asing-asing sebab boleh beli kat hotel tempat kami menginap. hehehe

Better you all jangan rushing. Sehari ni masuk Legoland Park je. Habiskan semua dulu di legoland park. Disebabkan kami pergi waktu hari bekerja, so tidak ramai sangat orang. Itupun still kena beratur jugak. Permainan yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Umur bawah daripada itu permainan dia sikit je sebab kena ikut ketinggian. Umur lebih daripada 12 tahun pulak kita akan tengok agak kesian sebab terlebih tinggi pulak. Masuk kereta kecik pun muat-muat jer. Kesimpulannya, sesuai untuk kanak-kanak 6 hingga 12 tahun. Yang lain pun boleh tapi kurang sesuai la.




Opss, sebelum terlupa. Kalau you all nak bawak pasangan bercinta cintun macam Genting Highland ke Legoland park, kami syorkan tak payah. Buang masa korang dan masa semua orang. Tak de mainan yang sesuai sangat dan ramai keluarga bawak anak-anak kecik. Kecuali you all nak bincang pasal future family anak berapa orang boleh lahh. Mainan takut-takut dan extreme tak banyak. "Brooo tak guna bawak broo, confirm awek lu tak peluk lu punya...tak scary...no feeling broo, lu pergi lepak Danga Bay lagi cara brooo"...Iklan sikit hehehe.

Untuk kanak-kanak sangat sesuai la. Lego kan permainan menjana minda. Better pergi awal pagi sebab belum panas dan banyak masa untuk berjalan-jalan. Tips :

1) Kalau bawak kanak-kanak kecik lepas masuk pintu utama main permainan mulai sebelah kanan dulu.
2) Kalau bawak kanak-kanak besar sikit lepas masuk pintu utama main permainan mulai sebelah kiri dulu (menongkah arus).

Kenapa?, permainan mengikut grade umur pusingan mula dari belah kanan. So, kalau kanak-kanak besar diaorang takleh main pun, better pergi terus ke sebelah kiri, kalau pergi awal, tak ramai orang beratur dan boleh main 2,3 kali.

Makan minum ada diberi voucher diskaun 6.6% kot. Keadaan cuaca agak panas. So bawak la payung dan air minuman. Setakat yang kami perasan, beg tidak diperiksa sebelum masuk. So boleh la bawak tapau apa saja makanan. Piknik. Harga makanan kat dalam memang mahal lah. Standard internasional.

Antara permainan yang ada:
1) The beginning
2) Lego technic
3) Lego kingdom
4) Imagination
5) Lego city
6) Land of Adventure
7) Mini land.


Lepas legoland nak tutup dan pengawal keselamatan cari kami nak halau keluar, barulah kami bergerak ke pintu keluar. Hehehe tiket mahal brooo...itupun keretapi tak sempat naik...huhuhu.

Bertolak balik ke J.B untuk acara makan-makan dan tidoq-tidoq.Buka waze lagi cari jalan pulang.


*******Dalam kereta******

Day 3 :

Round-round Johor Bahru, Makan-makan, Pergi JPO tengok barang perempuan yang branded, makan-makan lagi. Balik hotel.

****Banyak masa dalam kereta kesana-sini****





Day 4:

Check Out dan Bergerak dari hotel ke Legoland Water park. Siap pakai baju mandi dah. Kali ni bawak semua makanan dari luar tapau masuk dalam beg. Tuala, bilik persalinan dan locker simpanan ada disediakan tapi kena bayar la. Undang-undang berpakaian agak ketat. T-shirt longgar tak boleh pakai kalau nak main permainan air. 

Permainan yang ada pulak sesuai untuk family. Ada satu kolam ombak. Hati-hati sebab dalam dan kuat jugak ombak dia.

Nak main permainan still ikut ketinggian. So untuk Legoland Waterpark kalau tak cukup tinggi tak payah masuk. Kang main je di pinggir ombak. Boring. Permainan untuk kanak-kanak kecik ada satu je Duplo Splash Safari.Kalau ramai orang nasib la.

Permaian yang ada :

Untuk family

1) Build a raft river
2) Imagination station
3) Joker Soaker
4) Lego wave pool
5)Brick Blaster
6) Splash N Sworl
7) Wave rider
8) Tidal tube

Untuk kanak-kanak kecik

1) Duplo Splash Safari

Untuk Kanak-kanak besar sikit

1) Red Rush 
2) Splash Out
3) Twin Chasers
4) Lego Slide Racers


Kawasan permainan kena banyak panjat bukit dan tangga. Stamina kena kemas dan banyakkan minum air. Awasi anak-anak anda dan jangan lupa makan ikut jadual. Kami keluar awal jam 3 petang kerana permainan ditutup disebabkan hujan dan ribut petir. Biasa la kilat.

**** Naik kereta pergi Airport****

Tiba ke Airport Senai. Tunggu member datang dan buat urusan serah balik kereta sewa. Cukup time, naik Flight A.Asia untuk kembali ke Kuching. Bye bye J.B , Hi Hi Kuching...letih wooo...

Kesimpulannya, sangat berbangga ada LEGOLAND di Malaysia dan jangan lupa singgah makan-makan di sekitar Johor Bahru terutamanya otak-otak. Best!!

Sekian cerita kali ini.






Wednesday, 29 January 2014

Apa yang perlu ada untuk membeli barang di ebay

E-bay. Pusat membeli belah online.

 Aku cerita bab beli barang motor je la. Kalau baju anak, baju dalam ke, jam ke apa ke aku tak cerita la. Mungkin ramai lagi otai-otai ebay diluar sana. Ini aku cerita pengalaman aku. Orang lain punya pengalaman dia punya sejarah hidup la ekk. Mungkin dia cerita tempat lain.

Ok. Aku banyak guna ebay untuk membeli spare part motor. Saluran lain atau alternatif daripada pembelian di kedai-kedai atau agen-agen. Maknakata bukan 100% aku bergantung pada e-bay. Kadang-kadang je.

Apa yang perlu ada sebelum buat pembelian di e-bay:

1. Email - untuk uruskan maklumat pelbagai la.

2. Kad kredit (visa/master card). Kalau takde kad kredit jangan risau, guna je debit card (visa/ mastercard tapi selalunya visa). Pastikan berisi la ye. Kalau bayar kad kredit minimum je setiap bulan, tak dapat jack, baik lu pergi IKPK atau kira semula akaun bulanan you all. Jimat kat mana patut.Kalau kena jual motor lu jual la. Kang masuk kategori keberhutangan serius. Bankrupsy oooo. Tak pasal-pasal menyusahkan diri dan keluarga. Awas.

3. Akaun pay pal. (Optional ni, tapi ada lebih baik). Aku guna akaun Paypall. Caj kad kredit ke akaun pay pall dulu pastu baru beli. Kenapa? 
a. Keselamatan kad kredit.
b. Pay pall ada warranti pemulangan wang.
c.Pay pall boleh tolong denda penjual tak jujur tu.(selain ebay sendiri).

4.Alamat pos. Tempat yang boleh pejabat pos hantar barang laa.

5. No telifon. Handphone pun takpe asalkan dapat digunakan. Jangan misteri sangat broo, telifon ni selalunya untuk 2 perkara :
a. Pejabat pos telifon nak hantar barang.
b.Pihak kastam Malaysia nak telifon bagitau barang dah masuk Malaysia tapi belum declare. Kena pi bayar cukai dulu.

6. Spesifikasi barang yang nak dibeli. Kalau motocross, kena tahu model, tahun production pastu part mana. At least la. Lebih baik kalau tahu nombor siri part tu. Lain model, lain tahun, lain part ooo. Tak sama. Nak mudah, you all beli buku maintainance motor model yang you all guna, dalam tu ada semua nombor siri dia. Guna nombor tu untuk search dalam ebay. Jangan main agak-agak je bro, kang salah model susah. Jauh tuuu.

Apa yang perlu dibuat semasa search ebay.

1. Search barang atau part ikut spesifikasi. Contoh : 2001 YZ125 rear shock absober bearing.

2. Tengok dealer yang muncul. Utamakan yang ada bintang banyak sebab boleh dipercayai kualiti dan penghantaran.

3. Tengok harga barang, cari yang berkenan.

4.Semak spesifikasi barang. Seswai ke tidak. Ye ke tidak. Tengok review kat blog lain kalau perlu. Kalau berkenaan saiz macam baju, semak saiz dulu kat web site pengeluar. Maklumlah, orang putih badan besar. Takut saiz tak sama.

5.Semak warranty penjual. Kalau yang banyak bintang selalunya ada warranty atau penghantaran balik kalau barang tak ngam. Baca betul-betul.

6.Semak postage cost. Harga postage ke Malaysia. Ada penjual yang tak hantar ke Malaysia. Kena contact balik penjual melalui email tanya. Kadang-kadang memang barang tu tak dijual ke Malaysia. Kalau jadi macam tu, kita kena pi cari website yang tawarkan pinjam alamat di US. Cerita lain la tu. Panjang sangat pulak nanti.

7. Buy now atau bid- Ikut suka la. Kesan sama je iaitu nak beli barang. Aku selalu buy now je. Jarang nak bid. Pas tekan buy tu, follow la instruction e bay tu. Waktu ni la korang kena guna  Apa yang perlu ada sebelum buat pembelian di e-bay tadi.

Tips

1. Beli barang dari satu penjual. Selalunya penjual akan beri rebet atau diskaun kalau beli item lebih. Dapat murah sikit.

2. Lihat combination postage cost. Kadang-kadang berbaloi beli barang lebih dari satu kalau dapat diskaun untuk postage cost.

3.Bina hubungan dengan penjual.Untuk future ni. Kadang-kadang aku dapat extra item. Free of charge pulak tu. Sebab penjual kenal.

4. Tengok kadar tukaran asing. Waktu duit RM kita kuat, waktu ni la kita beli barang.Contoh : USD 1.00 / RM 2.90....terbaikk. Selalunya USD 1 /  RM 3.20 la...leh la jimat RM 0.30 per USD Broo..

5. Beli barang bawah RM500.00. Kalau lebih dari nilai ni akan kena cukai. Pengiraan dia :

Barang takde dalam jadual

(Kos barang + kos pos ) x 10% = Jumlah cukai perlu dibayar. 

Kalau barang motor ada dalam jadual,

(kos barang +kos pos) x 10%+20% = Jumlah cukai perlu dibayar.

You all boleh dapatkan keterangan atau maklumat lanjut kepada pihak kastam. Itu setakat yang aku tahu dan pernah kena.  Sebab tu kot kereta motor luar negara mahal ye tak?..bukan urusan aku nak pikir tu...pandai-pandai la ekkk.

So you all boleh calculate la, nak combine shipping ke atau nak separate shipping untuk jimat kos cukai kat Malaysia. Kalau laluan halal semua benda ni dah declare siap dah. Tengok la yang mana lebih jimat.

6. Follow up melalui e-bay. Selalunya penjual akan update nombor siri penghantaran kepada kita. So kita boleh tracking barang tu ada dimana. Tengok penjual la, kadang-kadang ada yang proses sampai tiga hari dan ada yang proses segera.  Tengok negera mana pulak. Kalau Hongkong atau China selalunya cepat sikit sebab dekat. US Selalunya 2 minggu baru sampai.Lebih kurang macam tu la.

Orett. Setakat tu dulu.Last sekali jangan lupa bayar kredit kad. Debit cart Visa tu tak pe sebab kena ada duit dulu baru pakai. Ingat, main motor jangan sampai menyusahkan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.






 

 




 


KTM DUKE 390 : Jentera AKSI

 KTM DUKE 390

Dikilangkan di KTM JITRA Kedah dan telah berada di kedai-kedai motorsikal yang mengambil bahagian.

Duke 390 ni merupakan model baru yang dipertingkatkan. Jika sebelum ini, hanya dua model yang kelihatan iaitu Duke 200 dan Duke 690.

Harga pasaran adalah diantara RM 24,680 hingga RM26,500. Kenapa berbeza? tengok tahun pengeluaran dan rebet kedai serta on the road fee tak termasuk kalau-kalau nak booking nombor plet W1N. Hehehe

Bagi penggemar motocross dan scrambler serta jentera motard, Duke 390 memang ada ciri-ciri atau feeling yang nak sama terutamanya gaya pemanduan. Kedudukan tegak dengan tangan nampak ketiak punya. Feeling motocros atau naked bike.


Chasis dan body work juga tak lepas daripada kelas motard. Boleh kepit tangki minyak dengan peha. Bila layan jalan tak rata, feeling off road tu masih ada.

 Enjin pula disebabkan 1 silinder, permainan pick up adalah baik walaupun agak lemau sebab on the road punya setting. Enjin lebih baik daripada Duke 200 tapi tidak dapat menandingi Duke 690 (Of course la kan). Walaubagaimanapun, lompong-lompong yang ada pada Duke 200 telah tertutup dengan kehadiran Duke 390 ini.

 KTM 390 Duke

 So, bagi aku motor ni seswai untuk :

1. Penukaran dari kapcai nak ke superbike - Tak berani nak laju dan modal x cukup.

2. Nak guna jentera prestasi tinggi tapi nak mudah selit dalam traffic jam.

3.Nak feeling motocross dalam bandar tapi xmo sakit buntut.

4.Nak guna motor yang orang tak mo campur - series!Duke ni nak campur motard orang pandang serong, nak join superbike pun kena jeling, nak ikut naked bike pun macam x kena, nak follow offroad apatah lagi...so masuk group sendiri la.(Kecelaruan kelas). Tapi asal ada kemahuan, disitu ada jalan.

Mantainance wise :

a.Sebab single silinder, segala jenis minyak yang sangkut paut dengan enjin perlu diperiksa berkala.

b.Servis ikut jadual dan guna minyak yang berkualiti tinggi. Mahal sikit la tapinya.

c.Cukup tempoh atau jam, check valve. Cukup masa jangka hayat, rebuild. Kalau guna biasa-biasa xpe, kalau guna untuk prestasi tinggi seperti aksi-aksi panjat tangga shopping mall, kena kerap sikit servis tu.










TECHNICAL DETAILS

ENGINE

Design 1-cylinder 4-stroke engine, water-cooled
Displacement 373.2 cm³
Bore 89 mm
Stroke 60 mm
Performance 32 kW (43 hp)
Starting aid Electric starter
Transmission 6 speed, claw shifted
Engine lubrication Forced oil lubrication with 2 Eaton pumps
Primary gear ratio 30:80
Secondary gear ratio 15:45
Cooling system Liquid cooling system, continuous circulation of cooling liquid with water pump
Clutch Wet multi-disc clutch / mechanically operated
Ignition system Contactless, controlled, fully electronic ignition system with digital ignition timing adjustment

CHASSIS

Frame Tubular space frame made from steel, powder-coated
Fork WP Suspension Up Side Down
Shock absorber WP Monoshock
Suspension travel Front 150 mm
Suspension travel Rear 150 mm
Brake system Front Disc brake with four-pot brake caliper
Brake system Rear Disc brake with one-pot brake caliper, floating brake discs
Brake discs - diameter Front 300 mm
Brake discs - diameter Rear 230 mm
Chain 5/8 x 1/4” X‑Ring
Steering head angle 65°
Wheel base 1,367±15 mm
Ground clearance (unloaded) 170 mm
Seat height (unloaded) 800 mm
Total fuel tank capacity approx. 11 l
Unleaded premium fuel (95 RON)
Weight without fuel approx. 139 kg



























Friday, 17 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua?. Aku harap semua pembaca dan kawan-kawan sekalian dalam keadaan sihat hendaknya.

Tahun 2013 telah melabuhkan tirainya, tahun 2014 telah menjelma membuka lembaran baru. Tahun lepas merupakan tahun yang agak mencabar. Banyak aktiviti yang dijalankan memerlukan comittment yang tinggi, pengorbanan masa, wang dan tenaga dicelah-celah kesibukan bekerja yang juga sangat mencabar dalam tahun 2013.

Tahun 2014 ini dimulakan dengan agak suram bagi aku dan geng-geng motor yang sewaktu dengannya. Musim hujan bro...lengai sikit la nak adjust aktiviti ni. Pastu kesibukan kerja tahun baru serta rehatkan motor untuk servis.

Tahun ini kumpulan kami akan menumpukan kepada kejohanan motocross borneo yang akan bermula seawal bulan April 2014 jika masih dianjurkan la, kemudian cadangan untuk meneroka lokasi trail baru dan mungkin upgrade CC bagi sesetengah orang. Hehehe siapa?, kita tengok dulu nanti. Kalau sapa-sapa nak join team sangat-sangat dialu-alukan. musuh jangan dicari bro, kawan biar ramai, kekasih biar satu. Chewahh.

Bagi blog ini pula, 2014 yang menjelang ni, aku akan cuba mencari bahan-bahan baru dan pengisian-pengisian yang berguna berdasarkan pengalaman. Jika ada mana-mana individu atau pihak yang ingin memberi cadangan dan bimbingan, sila berhubung terus ke arztman@gmail.com. 

Ilmu perlu dituntut dan aku suka menuntut ilmu asalkan yang baik-baik. Kalau komen atau kritikan aku akan terima asalkan ada budi bahasa. Kalau nak maki-maki sapa pun boleh bro, berlambak dalam pasaran dahh!!!, buang masa anda je.."Be professional less emotional "

Sekali lagi, selamat menyambut tahun baru...Terima kasih kerana menyokong blog ini. 


arztman@blogspot.com