Thursday, 12 December 2013

Race motocross AAM Borneo Challange 22 -23 November 2013

Alkisahhh....tayyibbbb...

Buat kali pertama dalam sejarah kami ni, keluar racing di luar daripada kawasan Kuching. Hanya berbekalkan semangat setiakawan dan duit pecah tabung serta sumbangan kawan-kawan tercinta maka selesai jugak race kali ni. Banyak pengalaman dikutip dan sedikit saja dapat dititipkan disini.

Keputusan penuh tidak dapat disertakan disini sebab bukan laman web rasmi pertandingan ..hehehe...tapi secara keseluruhan boleh balik modal la :

Wan Chempion : Tempat ke-3 kategori Rookie
Nawphal : Tempat ke-5 kategori rookie

Wan Chempion : Tempat ke-3 MX 125 Open.

21 hb November 2013: Hari bertolak dari Samarahan.

8.00 pg.

Hari bertolak. Kemas barang masuk kereta dan angkut motor naik hilux. Ikat dimana patut. Sarapan pagi nasi lemak dimakan bersama-sama selepas angkat motor. Bawa 3 buah motor 1 KLX 150, 1 YZ125 dan 1 Demak Dforce 160. Hanya 3 orang bergerak dari Samarahan ni.1 Orang tunggu di Sri Aman, 1 Orang turun belon di Sibu.

9.00pg

Bergerak ke Stesen Minyak Petronas untuk mengisi minyak kereta dan beli stok RON 97. Katanya lebih baik daripada Shell Vpower?. Dari stesen petronas bergerak ke Kedai John untuk mengambil barang spare part dan barang-barang kawan kirim. Bergerak terus untuk ke Sri Aman.

Last Inspection kat kedai Ah Johnn.

 Demak Dforce 160 sebuah jer dulu. Kawan dia KLX150 lagi sebuah ada di Sri Aman. Total 4 buah la.

1.00 tghr

Singgah di Sri Aman untuk mengambil Nawphal. Check ikatan motor dan barang-barang. Bergerak ke Saratok untuk berenti makan tengahari.


5.30 ptg

Tiba di Kanowit. Bergerak masuk ke Trek untuk melihat keadaan trek. Dapat lihat beberapa motor Cub Cross sedang training dan seorang penunggang cedera kaki. Nampak tulangg broooo.Dari Kanowit,Bergerak ke Hotel Bahagia Sibu. Kereta motor parking rumah kawan di Sibu dan pinjam kereta untuk bawa ke hotel. Takut keselamatan motor tidak terjamin.

Pekan Kanowit. Aman sejahtera.

Di Kanowit musim durian sewaktu kami sampai. Berbakul-bakul durian.

Durian pulak dihantar oleh Orang Kampung melalui sampan-sampan dan feri. Mungkin ada perkampungan di sepanjang sungai Rajang ni. Kanowit jadi tempat himpun durian.

Dalam Jam 6.30 ptg kami bertolak ke Sibu untuk mengambil seorang lagi kawan turun Belon dari Miri. Mr.Abe tuan punya Demak Dforce.

22hb November 2013 : Hari Test Trek.

Hari ini, hari untuk ujian trek. Bagi kami, ini trek kedua la lepas trek Samarahan tu. Hehe level amatur dan weekend rider jer kan?..Cerita hari ni takde apa yang special pun. Test motor, test trek pastu jumpa kawan-kawan. Esok punya cerita (23hb) hari race. Itu gambar aku tak ambik tapi ada dalam kamera member sorang lagi. Nanti aku post tambah.
Menginap di Hotel bahagia Sibu. Dekat RH Hotel dah. Ambil Bilik untuk Family. Kami ada 5 orang. 4 rider 1 support team iaitu Mr Nazri.. Bilik hotel ni biasa-biasa je tapi luas. Bilik air pun ada water heater. Katil queen setiap sorang. Harga RM90 je kot. Terbaikk la.
Pukul 7.30 pg. 
Ronda-ronda bandar Sibu.Ambik gambar depan hotel. 
10.00 pg



Haa jangan tak tau. Sebelah bawah hotel Bahagia tu ada KFC. Tempat sarapan pagi. 1st Customer la kami pagi tu.

Dalam pukul 11.30 pg

Tiba sudah ke trek motocross Kanowit. Turun motor. Yang pakai topi biru tu Mr.Nazri. Our Support team merangkap manager.
Mr.Abe Sedang turun motor.
Wan ni spesis badang la juga. Lepas makan KFC terus jadi kuat.

Check motor, buang stand, tuning sikit yang mana patut. Keadaan trek basah, lecak dan licin.

Bay motor untuk elak dari panas dan hujan.

Seperti biasa. Jasa pihak berwajib seperti Hospital, Pihak Rela dan Bomba tidak ku lupakan. Bagus penganjur kita, keselamatan rider dan orang awam diambil berat.

6.00 petang:

Kami selesai test trek. Test cara kami yang amatur ni la. Tidak bergerak balik ke Sibu dah sebab jauh dalam 45 minit. Tinggal menginap di Kanowit je sebab dekat dalam 3 minit jerk. Tapi rupa-rupanya bilik hotel kami telah dicilok orang. Atas usaha Mr.William, kami dapat bilik kosong. Kosong kosong kosong macam lagu popular tu. Hehe nasib la. Adventure sikit.


Kena beli tilam sendiri, bantal sendiri. Tilam harga RM24.00 Bantal harga RM7.00..memang lawak la. Tolak tambah dengan harga Bilik, boleh tidur RH Hotel sudah. Hahaha....demi hobi yang diminati, lagipun time ni la nak muhasabah diri pun, kenal dengan kawan-kawan time susah payah.

Setakat itu dulu. Nanti cerita bab bilik plak. Tungguuuu

No comments:

Post a Comment