Sempena akan bercuti panjang lebar selama hampir dua bulan akan datang maka satu trail sebelum Ramadhan telah diatur ke Bukit Tinggi pada 7 Julai 2013 yang lalu. Disertai oleh 8 buah motor dan kali ini Cikgu James turut serta.
Bukit Tinggi adalah trail mendaki dan menuruni bukit. Cerun naiknya yang curam dan panjang menjadi cabaran. Begitu juga cerun turun yang licin dan berliku-liku kesan daripada hakisan air sangat-sangat mencabar lengan dan bahu.Lagipun, trail bukit tinggi ini agak jauh dan mempunyai pelbagai bentuk mukabumi dalam satu kawasan. Mencabar dan sukar. Sebab tu Cikgu James ikut.Kalau tak mencabar, dia tak ikut.
Dari Kuching Jam 9.00 pagi.Tiba ke Feri Kuching Lundu.
Sambil tunggu sambil tengok orang memancing. Dapat ikannn tu. Dalam tong tu ada umpan udang Hidup. Bekas siap ada alat bantuan pernafasan lagik.Oksigen.
Berborak dengan pakcik ni. Seminggu sekali datang memancing untuk stok lauk dirumah. Perghhh Jimat dan dapat makan ikan fresh lagik. Jeles betul.
Turun dengan hati-hati.Licin wooo.Curam plak tu,
Pastu kawasan tanah liat pulak. Turun lekuk-lekuk..Jauh jugak ni turunnya sampai lenguh la bahu nak pegang handle tu.
Ok. Tamat cerita trail ini. Masuk pukul 10.30 pagi dan kami keluar jam 3.30 petang.
Jadilah untuk buang rindu masuk trail sempena nak cuti Ramadhan ni. Balik Bukit Tinggi Singgah trek dulu kejap untuk buang rindu trek plak. Motor aku kong on the way balik Bukit Tinggi ni, tapi tanpa insiden yang membimbangkan. Tunggu siap duit je la...Huuwaaaaa isk isk. Hobi punya pasal.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT..
No comments:
Post a Comment