Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Contoh kejadian : Haa rumput rampai tersangkut ke celah bedah sproket ni. Kalau hentam jugak al maksud terkeluar rantai dari sproket dan mengganggu kelancaran enjin. Perlu dikeluarkan ni.
Contoh kejadian : Kalau guna pisau kerja lebih senang.
Tips kali ini adalah cerita tentang pisau atau alat-alat tajam seperti parang, gunting, pisau Rambo dan sekutu-sekutunya. Bukan cerita asal-usul pisau yang aku kira berlaku sejak zaman Neolitik dulu sehinggalah ke peradaban zaman besi dan diperhalusi lagi melalui revolusi industri di Eropah zaman-zaman penciptaan keretapi, enjin wap dan elektrik.
Cerita simple jerk. Kalau kita masuk trail kalau boleh bawaklah sebarang satu dua alat-alat tajam untuk memotong apa-apa sahaja. Antara kelebihan membawa benda tajam ini ialah :
a) Sebagai alat untuk memotong apa saja di saat memerlukan seperti memotong tali.
b) Alat sewaktu kecemasan seperti memotong kain dsbnya.
3) Alat untuk keselamatan seperti diserang haiwan liar.
4) Alat bantuan untuk menebang, menebas pokok, ranting, dahan yang menghalang laluan trail.
5) Sebagai alat bantuan semasa membaiki kerosakan.
6) Untuk menghasil perasaan selamat kerana membawa alat....
Walaubagaimanapun, perlu dipastikan kaedah membawa alat tajam ini adalah betul. Jika membawa pisau elok cari pisau yang mempunyai sarung atau lebih elok pisau lipat. Kalau membawa parang pastikan parang tersebut dibalut hulu dan bersarung agar tidak mencederakan diri sendiri dan orang lain.
Lagi satu, jika menggunakan alat tajam, elakkan dari mengarahkan atau mengacukan hujung yang tajam kepada manusia yang tak bersalah terutamanya kawan-kawan kita. Haaaa tamat dah tips kali ini.
Contoh kejadian : Haa rumput rampai tersangkut ke celah bedah sproket ni. Kalau hentam jugak al maksud terkeluar rantai dari sproket dan mengganggu kelancaran enjin. Perlu dikeluarkan ni.
No comments:
Post a Comment