Wednesday, 25 September 2013

Tips: Pilihan Decal. Yang mana satu?


 Kebelakangan ini pemasangan decal pada Motorsikal terutamanya motocross, scrambler dan juga jentera motard semakin meluas. Sangat meluas actually. Tak lengkap rasanya kalau motor tak pasang decal kan?. Paling tidak ada la jugak sticker motul ke, lambang parti ke atau logo superman tu.Apa yang pasti jangan logo kongsi gelap jer. Nanti kena Opss Cantas.

Ok...antara tips kali ini ialah berkenaan pemilihan Decal. Pemasangan decal cerita lain kali. Antara tips pemilihan decal ialah :

a) Check modal dalam poket dulu. Range harga ada yang murah dan ada yang mahal.Tepuk dada tanya selera. Range biasa-biasa antara 2,3 ratus la. Yang lagi murah pun ada.

b) Pilihan? decal bikin sendiri? decal dah siap printing dan potong atau decal yang custom made punya?.

b1 :Bikin sendiri, beli kertas sticker pastu potong sendiri, tempek. Murah benor.Tapi susah nak cutting ikut design motor.

b2: Decal siap printing selalunya siap potong sebab printing tu dah ada mould design motor. Senang tapi mahal sikit.Siap boleh suruh diaorang tempek sampai siap.

b3: Custom made. Selalunya fikir ikut rasa hati pastu printing akan tolong designkan. Pastu boleh pulak suruh buat trade mark yang mana orang lain takleh cilok tiru design kita. Kira rare la design motor kita tu. Mahal.

c) Jenis kertas/plastik sticker. Ada jenis tebal, ada jenis nipis, ada jenis selapis, ada jenis 2/3 lapis. Yang tebal dan ada lapisan clear tu selalunya yang paling cantik dan tahan.

d) Tujuan decal. Ada yang pasang untuk melindungi plastik motor, ada yang untuk tujuan kecantikan dan ada untuk tujuan keselamatan. Tapi kebanyakkan yang pasang boleh dapat semua unsur kebaikan pasang decal kat motor ni.

e) Asal usul tempat beranak decal ni. Ada yang dalam Malaysia dan ada di luar Malaysia macam tempahan kat ebay tuh. Bagi aku design anak tempatan pun dah cukup cun dah. Kualiti design memang superb. Kualiti kertas/plastic decal terpulang kat korang sebagai customer. Nak cantik tapi murah kualiti kuranglah.

f)  Kalau nak designkan, fikir siap-siap nak masukkan nombor plate ke, nombor bertuah ke, nama aweq ke, atau jenis darah macam kereta rally tu siap-siap. Takler bila dah siap, HALAMAK, nak kena tampal nombor pulak.Kan leceh kerja dua tiga kali. Tapi itu terpulang la. Ada orang suka buat kerja dua tiga kali.

g) Lastly, pilihlah decal yang bercorak senonoh. Jangan yang lucah atau yang mengganggu ketenteraman awam.Takde makna pun boh decal tak senonoh sana sini pastu tayang kat orang. Berdosa lagi ada. Tapi itu pun terpulanglah. Anda tempah, ada orang buat dan tampal. Sendiri buat sendiri fikirlah.

Ini antara design decal ready made yang sedang dipertimbangkan untuk YZ125.Cilok dari ebay sebagai contoh.

Sekian untuk post ini.

No comments:

Post a Comment