Thursday, 26 September 2013

Tips : Persediaan nak masuk trail untuk weekend rider

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam kelapangan masa yang sangat berharga kebelakangan ni, sempat kot kita kongsi tips-tips persediaan untuk masuk trail. Walaubagaimanapun, ini hanyalah tips dan setiap individu atau kumpulan ada cara-cara yang tersendiri. Lain padang lain belalang. Apapun, mari kita share tips persediaan masuk trail yang lazimnya kumpulan kami buat sebagai 'weekend rider' ni. Sekali lagi, kita cuba berkongsi ilmu dan tidak bermaksud untuk menabik dada dan sebagainya.

Persediaan 1: Penentuan hari & tarikh , lokasi trail, jadual dan tempat berkumpul.

Kami mulakan dengan menentukan masa, tarikh dan lokasi trail yang ingin dikunjungi. Perkara yang utama dalam penentuan ini ialah :
a. Bilangan Orang berapa ramai.
b.Hari apa?.Berapa lama?. Selalunya hari Ahad sebab hari lain kawan-kawan bekerja.
c.Lokasi mana?. Tertakluk kepada penunjuk arah atau main redah. Tapi sekurang-kurangnya ada petunjuk tentang lokasi tersebut. Soft, Hardcore, Extreme?.
d.Tempat berkumpul. Mungkin kena ada berenti di beberapa tempat untuk kutip kawan-kawan dan membeli 'ration last minute'. Termasuk dengan tempat mengisi minyak dan tempat sarapan / makan.
e. Jadual ditentukan oleh 'Ketua' yang yang dilantik secara tak rasmi@orang yang paling otai@orang yang paling bising@Pengerusi@giliran engkau jadi Ketua. Ketua ni penting untuk 'Decision Making'. Kalau ada pertikaian atau kekeliruan, maka mandat ketua tu jadi pegangan la. Masuk lubang pun masuk la, ketua bertanggungjawab termasuk bayar makan kalau duit tak cukup. Masa masuk dan masa keluar trail ditentukan melalui jarak.

Persediaan 2: Persediaan diri Individu & kumpulan

Selepas persediaan 1, maka tiba persediaan 2 yang lebih bersifat individu dan detail seperti berikut :

a) Kelengkapan pakaian, safety gear, peralatan dan ration.
*Pakaian kena sesuai. Kalau boleh pakaian yang lasak seperti 'Army pants' dan baju yang serap peluh. Kalau ada full jersey attire tu lagi bagus sebab nampak poyo sikit.
*Safety gear macam helmet, glove, kasut  yang sesuai dan sekurang-kurangnya 'knee pad'. Bagi kumpulan kami, 'Knee pad' adalah salah satu safety gear yang paling wajib!.
*Ration seperti coklat, biskut, air dan  beg air adalah disyorkan kecuali memang dah ada survival skill macam national geographic tu. Takyah banyak-banyak, sesuaikan dengan masa masuk dan masa keluar tu. 

b) Alatan kecemasan@tools.
*Sebetulnya kumpulan kami ada seorang dua mekanik dan ada tools untuk baikpulih kecemasan. Tool Universal punya. Tapi kalau motor sendiri ada guna bolt n nut yang lain daripada orang disyorkan bawa sendiri tools.At least kena ada 'somebody' dalam group yang ada kemahiran 'know how' la tentang motor ni.Telifon pun kalau tau ada coverage di kawasan tu elok bawak la. Yang malas orang bawak ialah pam angin tayar, tiub dan kelengkapan bukak tayar sebab berat. Tapi kalau boleh bawak pam & tiub, bawaklah sama termasuk simpan clucth plate kot-kot terlebih guna clucth kat bukit. Hangit clucth adalah perkara biasa terutamanya bagi kawasan bukit yang poros dan lecak yang terbenam tayar tu.Tapi jarang berlaku sebab tu orang malas bawak.

c) Ubat-ubatan dan first aid kit.
*Yang ini selalu orang lupa. Paling tidak bawa la pisau kecik, kain balut luka dan ubat-ubatan. Dah nama masuk trail kan?. Manalah tahu kot kena gigit dek pacat ke apa, ada jugak ubat.

d) Wang ringgit.
*Duit sarapan pagi kecuali pau jer Ketua kumpulan.
*Duit minum-minum sewaktu tunggu kawan-kawan.
*Duit minyak motor.
*Duit beli kuih/nasi lemak/mineral water/100 plus untuk tapau dalam trail.
*Duit makan-makan selepas keluar trail kecualii terus ride balik rumah.
*Duit kecemasan jika ada apa-apa.

Dan persediaan ni kalau boleh, perlu dipertimbangkan dan disediakan awal. Tidak ler kelam kabut di awal pagi nak masuk trail tu. Kes siap last minute ini la yang menyebabkan lari jadual dan berjanggut kawan-kawan tunggu di kedai mamak.

Persediaan 3: Persediaan motor

* At least, paling tidak pun, check minyak enjin. terutamanya kalau 4 stroke. Pantang sungguh 4 stroke kalau minyak enjin kering. Makan jem je kang.
* Buat servis berkala dan tukar la apa-apa yang penting. Ingat balik bila last date tukar clucth plate, tukar brake pad dan check bunga tayar.
* Kalau was-was buat ler full service. Bukan apa, mencegah lebih baik daripada mengubat. Kalau nak jadi jugak nasib badanlah. Rezeki untuk kawan-kawan buat pahala tolong kita.
*Make sure motor ready macam tuan dia jugak. Bukan apa, selain mendapat ketengan fikiran sebab motor tip top, kita jugak dapat mengurangkan risiko keletihan disebabkan masalah motor dalam hutan.Dapat la kepuasan maksimum ride dalam trail tu. Cari adventure main trail dalam hutan sudahlah, kalau nak cari adventure motor rosak dalam hutan tak payahlah, kecuali malang tak berbau.

 Persediaan 4 : Persediaan terakhir.

*Bagitau la isteri atau isteri-isteri atau anak-anak atau kawan-kawan terdekat.Maklumkan nak pergi masuk trail. Masuk bila dan estimated balik bila. Kalau dalam estimated time tu tak sampai rumah minta diaorang sabar jap dua tiga jam dan contact henset. Kalau tak sampai-sampai jugak then lapor la polis atau JKKK kampung soh pergi cari.
(Pernah terjadi 3 orang rider masuk trail dan 2 daripada mereka injured disebabkan berlanggar sesama sendiri dan yang rider yang ketiga terpaksa menjaga 2 orang rider disebabkan cedera parah. Nasib baik ada kumpulan 4x4 melalui kawasan tersebut.).




No comments:

Post a Comment