Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kehadapan Saudara Bekas Pengerusi TSKS Mr.Zam, semoga kehidupan tuan dilimpahi rahmat tuhan adanya.
Tuan sihat?. Kami di Samarahan ini sihat-sihat belaka. Maklum sajalah tempat perjumpaan pun di kedai mamak Rahmat depan pasaraya tu.Sudah tentu dibantainya nasi kandar atau paling cikai roti canai kosong dengan teh tarik kaw.(Perenggan pendahuluan)
Tuan,
Kami disini amat merindui tuan. Sejak tuan pulang ke negeri Melaka yang tercinta mengikuti tugas isteri yang berkhidmat untuk negara, kami disini amat kesunyian dengan gelak ketawa, deraian air mata dan lawak-lawak tak senonoh yang selalu tuan kongsi dengan kami. Rindu-serindu rindunyaaaa....puiiii.(Perenggan pembuka bicara)
Pemergian tuan dari bumi kenyalang ini, rupa-rupanya amat-amat dinantikan Oleh Cikgu. Sebaik saja Tuan berlepas menaiki belon untuk pulang ke Tanah Semenanjung sana, Cikgu telah merampas takhta pemerintahan TSKS. Kami rakyat jelata ini tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Cikgu telah melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi dan kami sebagai ahli yang tidak bersalah ini telah dikerah untuk berada dibawah tampuk pemerintahannya. Maklum saja, Cikgu juga ada jawatan sebagai Ketua kampung dan JKKK Taman.
Kami tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Sebelum ini disebabkan tuan berdarah pahlawan kerana senegeri dengan Pasukan Hang Tuah, Cikgu hanya menunggu peluang. Kami terseksa, tambahan pula dengan arahan supaya pergi ke gym untuk membina otot-otot badan dan meningkatkan stamina. Jika zaman tuan, kita hanya habiskan masa dengan bergelak ketawa dan hisap rokok Dunhill Merah bersama 100 plus. Itupun selepas rokok elektronik habis musimnya.(Perenggan fitnah).
Tuan,
Kini TSKS seperti layang-layang putus tali. Trail pun sudah lama tidak masuk sebab banyak pergi trek jer untuk training.Race sudah dekat. Masa kami banyak dihabiskan dengan tukar break pad dan setting enjin. Tiap-tiap minggu basuh motor yang berselut. Minyak tuti untuk motor pusaka tuan pun telah habis sebotol. Bayangkanlah.
Walaubagaimanapun, ada khabar baiknya. Nawfal sudah menunjukkan peningkatan walaupun tak berapa nak rajin turun training. Tinggal 2 bukit je lagi dia tak lompat. Lepas itu, ada ahli baru dalam TSKS yang telah lompat semua bukit dan bakal menjadi pencabar baru dengan Dforce 160. Wan chempion seperti biasa, silap corner je musti tergolek sebab kelajuan tinggi tak munasabah. Ah john dan isterinya untie asyik bertanyakan bila tuan mahu melawat mereka bila kami singgah ke kedai. Biasa la orang tua tua ni, hati mudah tersentuh bila teringatkan anak angkat mereka...uhukk uhukkk.( Perenggan Isi kandungan).
Tuan,
Sejak pemergian tuan, TSKS kini dipandang sepi. Kadang-kadang terasa juga untuk tukar tayar pergi main motard. Tapi memandangkan R1 dan KTM Duke sudah berada dalam lingkungan harga terbaik, hasrat itu dibatalkan dengan tiba-tiba. Jadi, jika tuan kembali melawat kami disini, tayar motor kami masih kekal berbiji-biji cuma bahagian tengah je yang kurang sebab on road tanpa naik trailer. Oh ya, trailer pun sudah dalam pembikinan, cuma tunggu modalnya sahaja. Tuan tahu sahajalah, modal besar tapi hadiah kemenangan race ciput. Mana nak maju industri motocross Malaysia sedangkan race di Kalimantan sana pun hadiah sebuah kereta untuk chempion. Sampai bila keadaan ini akan berkekalan?.(Perenggan isu semasa).
Lorong-lorong taman dan rumah-rumah kedai pun kini kembali tenang tanpa bunyi moto yang menyesakkan telinga. Kami kini banyak bergerak dengan kereta atau motor EX5 je. Tiada lagi kemeriahan seperti dulu. Ingin saja aku bunyikan loceng itu biar berderai atau berlari ke hutan belok ke pantai? (eh?!!apa ada dengan cinta?).
Tuan,
Akhir kata, kami tahu tuan tidak dapat kembali. Ketahuilah, kami tetap akan menyimpan sisa-sisa cinta ini...puiiii...semoga tuan sukses dalam bidang yang tuan ceburi sekarang. Angkatlah telifon bila kami kol dan jawab la whatappss tu. Bukan kena duit pun. Jangan jadi sombong. (Perenggan klimaks).
Jika tuan datang kembali, kami akan sambut dengan penuh kemesraan. Tapi air, makan dan rokok tuan kena la belanja macam selalu. Nak pakai kereta cari Asri jangan cari kami. Kami kan rakyat jelata jer...hehehe..sekian,wassalam.(Perenggan penutup)
Yang teramat benar,
Ahli TSKS yang setia.
12 November 2013
No comments:
Post a Comment