Tuesday, 12 November 2013

Tips : Spare part yang perlu ada dalam stok

Stok. Maksud stok adalah barang yang disimpan untuk kegunaan akan datang. 

Contoh : Stesen Minyak Petronas. Stesen perlu ada stok minyak untuk dijual kepada pelanggan. Sebab tu setiap stesen minyak perlu ada tangki bawah tanah untuk simpan minyak-minyak ni sebab tidak semua minyak yang dihantar melalui lori tangki akan dibeli / digunakan oleh pelanggan pada masa itu. Stok dalam kes ini ialah minyak.

Haaaa...so, dalam kes kita ni, beberapa spare part perlu ada dalam stok. Tak kira lah nak simpan dalam kotak tool ke, dalam laci almari ke atau paling tidak dalam stor kedai mekanik yang berkenaan sebab belum ada ongkos untuk beli bawak balik.

Sebab musabab kena simpan stok spare part ni?. Bukan semua spare part kita kena simpan broo. Kalau nak simpan semua dah tentu ramai dah bukak kedai sendiri. Hanya beberapa spare part jer yang kita perlu simpan sebab :
1) Barang itu selalu kena tukar. Cepat haus atau cukup tempoh cepat.
2) Bukan barang rumit. Barang simple jer. Takkan nak simpan stok blok kot.Kaya benor.
3) Barang boleh pasang sendiri. Kalau hantar kedai pun, pomen senyum jer.
4) Barang rare. Kalau tak simpan, kena order. Nak dapat pun susah. Lambat.
5) Kategori ware and tare jer. (Betul tak ejaan english aku tu)

Contoh barang :
1) Break pad depan belakang. Terutamanya kalau kita pakai break pad yang banyak karbon (made in Thailand : baca dengan lagu ye).Kalau main waktu hujan dan kawasan banyak pasir, sekejap je habis kikis disk break kang kalau lambat tukar sampai nampak besi. Nak tukar sendiri pun sekejap je.

2) Chain guide. Chain guide kadang-kadang datang dengan getah pelapik. Sarung body jarang rosak tapi getah pelapik tu cukup tempoh akan haus. Bila pelapik getah tu haus, rantai akan roll atas sarung tu. Sekali rantai, sekali sarung akan rosak. Baik jaga getah pelapik tu. Ada jugak spesis chain guide ni tiada getah pelapik. Itu modal besar sikit sebab kena tukar chain guide terus sebab sarung dengan tempat roll rantai tu build in sekali macam chain guide KLX150.

3) Chain slider.Chain slider ni lambat rosak sebenarnya. Tapi kalau kita perhatikan betul-betul, garis slider dia tu akan kena kikis dengan rantai. Paling teruk bila getah tu dah habis kena kikis.Bila habis, rantai akan slide atas swing arm. Nak tukar mana? swing arm ke chain slider?...hehe...pastu arah tulang slide selalunya akan rosak sebab rantai ni tak duduk diam. Tambah-tambah bila rantai kendur, lagi cepat chain slide ni hilang fungsi. 

4) Bearing tayar belakang. Tayar belakang ni selalu rosak bearing dia. Cuba goyang-goyang tayar belakang tu. Goyang kiri kanan. Kalau dah mula ada rasa gegar tu, maknanya  bearing tayar dah nak out atau memang dah out la. Paling teruk kalau bearing pecah semasa pemanduan. Tak pasal-pasal la. Kalau dah mula goyang, lubang dalam hub akan kena kikis. Paling teruk, kita kena tukar hub la sebab kalau hub kena kikis sikit je, kita boleh lapik kepingan besi lagi dalam lubang sebelum masukkan balik bearing tu.Bearing ni pun kadang-kadang item rear, kena order, kalau saiz special. Baik simpan stok.

5) Tiub tayar. Kalau pakai motocross, tayar pulak saiz bagak rim 21, 17 atau tayar saiz kecik, 16,15...eloklah spare siap-siap tiub tayar ni. Maklumlah,tiub lain dari motor orang kebanyakkan. Tapi jangan simpan lama sangat. Tiub ni pun kalau simpan lama-lama pandai bocor jugak. Kalau ada musim tengah galak main motor tu, elok simpan la. Tambah-tambah kalau musim masuk trail. Confirm kena ada stok.

6) Plug. Plug ni pun jarang buat hal. Tapi seelok-eloknya lepas 4,5 kali servis tu, kita tukar plug untuk dapatkan balik keceriaan api elektrik ke enjin. Simpan untuk stok bukan apa, sikit punya hal je pun nak tukar plug ni.Kalau gigil nak tukar plug sendiri, elok masuk balik kelas kemahiran hidup tingkatan 3 la..hehehe.

7) Skru, nat, wasier, special nut, pelapik getah. Ahaa..Ini pun kira ke?. Ini la barang yang selalu hilang selalu haus tapi kita tak sedar. Cerita dia mudah jerk. Kalau rajin, beli la nut, skru ni semua kat kedai motor atau kedai spare part. Beli yang kualiti la. Beli saiz panjang, saiz pendek.Kalau tak rajin, kita kutip-kutip la. Kalau pergi kedai half cut tu, kutippp banyak-banyak.Tapi jangan lupa ushar CCTV yer. Selalunya saiz 8,10,12  yang kerap kita pakai pun.Kalau kita ada simpan stok bendalah ni,confirm kawan-kawan akan kasih,akan sayang pada kita. Don't believe? believe it.Skru tak cukup satu sakit hati ooo. Rasa tak lengkap je kehidupan.


Setakat itu saja la tips kali ini. Mungkin kawan-kawan yang ilmu tinggi diluar sana ada lagi nak tambah.Ilmu tuan-tuan amat dialu-alukan. sekian.

No comments:

Post a Comment