JENIS FORK DALAM
MOTOCROSS & SCRAMBLER : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah.
3 terakhir)
Untuk memahami post ini, tuan-tuan dan puan-puan pembaca
boleh melihat siri bahagian 1 dan 2 seperti berikut :
: JENIS FORK DALAM MOTOCROSS & SCRAMBLER
: KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah. 1).
JENIS FORK DALAM
MOTOCROSS & SCRAMBLER : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah.
2)
Setelah
kita memahami (sedikit sebanyak) tentang fork dan fungsinya serta perbezaan
antara fork konvensional dan fork USD kini kita boleh lihat pula penggunaan
fork ini dalam motor offroad atau motocross.
Dalam gambar di atas, ada dua jenis fork yang
digunakan. Gambar sebelah kiri fork
Konvensional dan gambar sebelah kanan ialah fork USD.
Terdapat pendapat yang beranggapan bahawa fork USD adalah
lebih baik daripada fork konvensional dalam setiap situasi. Tidak semestinya.
Advantage menggunakan fork USD ialah ia meningkatkan
kekukuhan (rigidity) dan menentang flexibility, namun kadang-kadang flexibility
ini diperlukan. Fork USD diciptakan untuk menerima beban stress yang tinggi
seperti menyerap hentakkan ketika landing selepas melompat bukit motocross dan
menahan keadaan stress apabila membrek pada kelajuan tinggi sewaktu mengambil
selekoh (corner).
Bila flexibility diperlukan?. Kita lihat melalui 2 tugas penting
fork iaitu mengawal motorsikal dan menyeraphentakkan. Kita lihat bagaimana
flexibility mempengaruhi dua tugas ini :
Pertama : Flexibility vs kawalan
Kita perlu mengawal
motosikal. Apabila kita memusingkan handle bar, kita mahu tayar hadapan
berpusing dengan serta merta tanpa wujud kelewatan. Sewaktu ini flexibility
amat diperlukan.
Kadang-kadang kurang flexibility ini menyebabkan kawalan
handle bar lebih baik tapi ada kelemahan jika terlalu kurang flexibility iaitu
apabila tayar hadapan deflected (terbias) dibahagian tepi disebabkan batu atau
bonggol dihadapan, impak itu akan dirasai terus ke handle bar dan tangan
penunggang. Keadaan ini akan menyebabkan motosikal dirasai kurang stabil dan
perasaan “nak jatuh” akan muncul. Ini kesan apabila fork USD dipasang kukuh
pada diameternya yang besar itu.
Sebaliknya pada fork konvensional yang lebih flexsibel, jika
terjadi perkara yang sama, fork mempunyai sedikit flexibility. Kawalan
motorsikal dirasakan lebih baik. Sebab itu, terdapat motorsikal masih
menggunakan fork konvensional kerana ingin mengekalkan advantage flexibility
ini seperti Scrambler.
Kedua : Flexibility vs penyeraphentakkan
Apabila fork menghentam halangan seperti batu atau bonggol
dihadapan, fork akan compress untuk menyerap hentakan yang berlaku. Kita
memikirkan bahawa, apabila terkena halangan, tayar akan naik ke atas mengikuti
compression fork secara selari. Walaubagaimanapun, anggapan ini tidak
semestinya benar. Ada juga hentakan yang menyebabkan stress bukan secara selari
kepada fork (ke kiri dan ke kanan)
Walaupun fork yang lebih kukuh seperti Fork USD akan
menghantar sedikit kesan hentakkan terus ke handle bar dan tangan penunggang,
tuning yang betul kepada fork spring akan mengurangkan kesan ini. Dengan
menggunakan handle bar yang lebih flexible juga akan membantu mengurangkan
kesan gegaran kepada tangan penungggang.
Masalah akan lebih sukar apabila motosikal disendengkan ke
sebelah (sideway). Apabila tayar mengenai batu atau bonggol, tekanan
bukan sahaja bertindak selari ke atas dan kebawah fork tetapi akan cuba untuk
menekan fork dari kiri ke kanan atau sebaliknya (vertical and sideway).
Fork USD yang lebih
kukuh akan menentang pergerakanke sebelah ini (sideway motion) dan membuang
tayar kesebelah (drifting) manakala fork Konvensional akan” menyerap” sedikit kesan
impak ini dan masih mengekalkan laluan tayar yang sama. Serapan fork
konvensional akan menyebabkan kawalan dirasakan sedikit mudah dan membantu penunggang
untuk mengawal dengan lebih baik berbanding fork USD.
Jadi yang fork yang mana menjadi pilihan kita?.
Semua faktor kejuruteraan ini ada compromise dan tidak
semestinya baik dalam semua situasi. Jika kita menunggang di atas pavement
secara aggressive mungkin kita akan lebih menggemari apa yang fork USD
tawarkan. Begitu juga jika kita menunggang secara aggressive di atas jalan off road dan trek yang ada
jumping dan halangan-halangan berbukit. Fork USD akan dirasakan lebih baik
walaupun terpaksa mengimbangkan sedikit kekurangan fork USD sewaktu sideway
motion. Fork USD memang diciptakan untuk menyerap hentakan yang lebih kuat dan
menerima stress sewaktu mengambil selekoh apabila motorsikal disendengkan
secara laju.
Fork konvensional pula mempunyai kelebihan apabila
menunggang di kawasan yang sederhana extreme seperti off road yang sederhana.
Jika menunggang secara sederhana di kawasan yang berpasir, kawasan yang
memerlukan cengkaman tayar yang lebih dan kawasan yang memerlukan motorsikal disendengkan
secara maksimum sewaktu mengambil selekoh fork konvensional lebih baik.
Advantage fork konvensional akan lebih kelihatan apabila tayar hadapan
diperlukan untuk tunggangan di atas akar kayu, batu-batu dan halangan kecil
yang lain.
Nota akhir:
Seorang yang novice dalam motocross mungkin akan mengawal
motorsikal dengan lebih baik jika menggunakan fork konvensional walaupun
terdapat kekurangan. Ini dapat dilihat apabila mengambil selekoh. Fork konvensional
akan membantu kawalan dengan lebih baik.
Manakala, lebih berat motosikal itu dan lebih focus kepada pemanduan
extreme, advantage kepada fork USD lebih menyerlah.Pada masa ini dengan teknologi terbaru terdapat Fork udara dan separate function fork yang menggunakan udara menggantikan minyak atau sebahagian minyak dan mempunyai fungsi berbeza untuk memudahkan setting pada setiap fork berbanding kaedah terdahulu.
Sekian, post mengenai fork. Walaupun ringkas, diharap post
ini dapat memberi sedikit sebanyak penerangan tentang fork motorsikal kita.
Bahagian 3 tamat.
No comments:
Post a Comment