JENIS FORK DALAM MOTOCROSS : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE
DOWN FORK (USD) (Bah. 2)
Kebaikan dan keburukan (Fork
konvensional vs fork USD).
Kalau ikut pembacaan saya,
kedua-dua fork ini ada pro dan kontranya yang tersendiri. Mengikut sejarah, fork konvensional muncul terlebih dahulu dan kemudian inovasi menyebabkan terciptanya fork USD. Walaubagaimanapun,
post ini adalah berkenaan kegunaan fork konvensional vs fork Upside Down (USD) bagi motocross dan scrambler
dan yang seangkatan.
Jika merujuk kepada gambar di atas, kita telah dapat
mengenalpasti jenis fork berdasarkan fungsi komponen-komponennya. Kepada yang
belum kenal, boleh membaca penerangan daripada post : JENIS
FORK DALAM MOTOCROSS & SCRAMBLER : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK
(USD) (Bah. 1).
http://arztman.blogspot.com/2014/02/jenis-fork-motocross-scrambler.html
Kebaikan keburukan
fork konvensional.
1. Dalam
rekabentuk Fork conventional, slider (slider :mengandungi spring, minyak fork dan
lain-lain alat kelengkapan untuk membolehkan stanchions belah atas tu bergerak
sebagai penyerap hentak.) berada dibahagian bawah dan memegang kedudukan
tayar hadapan. Dengan cara ini stanchions akan bergerak ke bawah ke arah
slider. Jadi fork konvensional lebih ringkas tindakan mekanikal dalam menyerap hentakan.
2. Fork
konvensional juga dapat mengurangkan maintainance kerana minyak didalam fork
lebih selamat berada dikedudukan bawah.(Kurang kebocoran jika seal lemah).
3. Fork
konvensional lebih flexible kerana batang yang lebih kecil diikat kepada Triple
Clamp.
4. Walaubagaimanapun,
fork konvensional lebih terdedah kepada elemen :
a.
Slider berada dikedudukan bawah. Komponen dalam
slider boleh terjejas kerana terkena batu atau sentuhan-sentuhan muka bumi.
5. Fork
konvensional diikat ke triple clamp pada stanchions yang memiliki diameter
batang yang lebih kecil daripada slider. Saiz diameter triple clamp menentukan
kekuatan pegangan clamp tersebut. Lebih kecil, lebih kurang kekuatannya (lebih
fleksibel)
6. Fork
konvensional kurang tahan kepada stress beban dengan baik. Ini disebabkan
rekabentuk menjadikan fork conventional sentiasa berada dalam keadaan stress
dimana beban sentiasa dikenakan kepada komponen slider.
Kebaikan keburukan
fork Up Side Down (USD)
1.
Dalam fork USD, Slider yang mengandungi komponen
penting didalamnya berada dikedudukan atas dan diikat ke triple clamp.
Stanchions akan bergerak ke atas untuk menyerap hentakan. Kedudukan ini
membolehkan fork menerima stress beban yang tiba-tiba dengan lebih extreme.
2.
Fork USD lebih kukuh kerana diikat ke triple
clamp pada slider yang lebih besar diameternya, walaubagaimanapun, ia kurang
flexible kerana kekukuhan ini.
3.
Slider
pada fork USD kurang terdedah kepada elemen kerana berada di kedudukan atas,
tetapi stanchions perlu dilindungi. Sebab itu kebanyakkan fork USD akan
dipasang dengan guard.
4.
Fork USD meningkatkan kekukuhan motosikal dan
menentang fleksibility .
Contoh : Gambarajah keratan rentas bagi sebatang fork. Boleh anda tentukan jenis bagi fork dalam gambarajah ini?.
Bersambung dalam Bahagian 3…
No comments:
Post a Comment