Wednesday, 29 May 2013

1st TIME berlumba Motocross 28 April 2013 AAM BORNEO

Nak cerita masuk Perlumbaan Motocross Scrambler pertama kali.

Akhirnya selepas beberapa bulan,dapatlah aku menulis kembali ke Blog ini...sibuk satu dunia. Lain kali kena tengok planner, at least 2 post sebulan.Kena lagi rajin...

So, "Racing Motocross" tajuk post kali ni. Pada 28 April 2013 bertempat di Litar Motocross Samarahan, Sarawak,berlangsunglah AAM Malaysia Motocross Championship AAM BORNEO motocross challenge 2013.

Berikut disertakan kategori yang dipertandingkan :

1.MX 125
2.Scrambler Open
3.MX Open
4.Star Rookies
5.MX Veteran Open

Perlumbaan berlangsung dalam suasana yang aman makmur tanpa insiden yang tragik.Cuma ada beberapa kes sahaja.Biasa la, kalau tak tidaklah motocross namanya. Insiden yang berjaya disaksikan :

1.Fast and furious overdrift (Tergolek di corner).
2.Lompatan gagak hitam patah sayap (Tak lepas double jump).
3.Renang berirama (Lompat sama-sama, landing sama-sama, tergolek pun sama-sama).
4.Homak kau!!(Gagal starting,balik je la).
5.Mari cari ambulan (Kecederaan kecil yang tidak memudaratkan).

(Maaf, gambar2 insiden tidak sempat diambil.)

So, disebabkan aku turut serta dalam perlumbaan sebagai pelumba kecil-kecilan bagi kategori Star Rookies iaitu untuk YANG TIDAK PERNAH BERLUMBA...boleh dikongsi sedikit pengalamannya.

27 hb April 2013

Hari pendaftaran dan try run trek lumba

1)Isi borang penyertaan.Ada dua, satu borang keahlian kelab motocross Borneo bayar RM20.00 untuk scrambler,satu lagi borang racing AAM..Bayar RM40.00..dapat resit.Untuk Rookies tak payah ambik insuran dan lesen lumba...kalau ambik lagi bagus la, malang tak berbau kan.RM250 kot untuk lesen dan insuran siap kena pergi medical checkup.Nak buat lesen kena buat sebulan awal.

2) Bawak motor dan pakaian lumba seperti kasut, chest protector, helmet, kidney belt, knee and elbow guard, google dan baju seluar satu set untuk checking di khemah urusetia.Tak cukup barang pinjam dulu kawan2 punya.

3) Jumpa urusetia pendaftaran hantar borang, bayar dan tunggu pemeriksaan oleh marshall.

4)Check Kelengkapan:
a)Semuanya tentang safety. Barang mesti lengkap dan berfungsi.Pastu tandatangan dalam borang semak. Macam aku tiada kidney belt. Dalam borang kena tandatangan lepas tanggungan ler,sendiri jawab.Kalau barang penting macam chest protector takde...terusss marshall rejecttt.Gi pinjam dulu la.

5)Check Motor:
a)Macam JPJ test jugak. Brek, tali minyak, stand kena buang untuk scrambler, handle pad kena ada dan engine kill swicth.Disebabkan motor KLX aku dah tukar throotel jenis aftermarket takde la kill swicth tu.Kena tandatangan lepas tanggungan lagi. Sendiri jawab kata marshall...tapi overaall motor pun lepas..Dapatlah sticker lumba.

6)Buat persediaan sendiri-sendiri...amatur kan? bagi yang datang bersponsor memang nampak hebat la.Siap ada mekanik sendiri, kotak tool dan awekss...haha...takpelah, tumpang sembang tanya khabar.Yang bestnya dapat tambah kawan-kawan dan ilmu.

7)Pukul 9 pg hingga 3 petang trek dibuka untuk test. Masuklah lanyak macam mana pun. Ingat corner, bukit dan cubaan dekat gate starting.Huiih, penat.Masuk 3 round rehat 15 minit. Masuk 3 round rehat setengah jam. Amatur betul.Stamina? Out out you go.

8)Pukul 3 petang trek tutup dan sesi soal jawab dengan penerangan untuk pelumba dibuat. Dengar la peraturan bendera, aturcara dan do n don'ts...Ooooo...nganga je la...angguk buat faham...pastu sibuk tanya balik kat orang...hehe..sesi tamat dan balik rumah rehat.Esok lumba.

28hb April 2013

Hari perlumbaan

a)Datang kul 7.30 pagi ke trek. Makan bihun dan lepak dengan kawan KLX si Wan Bukhori. Nganga lebih kurang tengok motor orang lain. Kul 9.00 pagi sesi taklimat akhir. Hehe nganga lagi...dan terus pergi bersiap, isi minyak motor semua.Dapat paddock sendiri. Hari ni Ah John mekanik datang. Kawan-kawan pun ada datang bagi support pada kitaorang. So macam pro la jugak...nasik pun kawan sponsor...terbaikk.Persiapan motor dah buat lebih awal.Itu lain kali cerita.

b) Pukul 10 pagi star rookies punya time Qualifying...10 Minit dalam trek...Sapa laju dapat pilih starting place dekat gate karang..Masuk main sampai 10 minit,aku rasa dah bawak laju dah,orang lain tengok tak tau la...hahaha amaturrrr...ada 13 buah moto semuanya.Demak DTM150,Pitsterpro dengan KX250 pun ada.

c)Pukul 1 tghri MOTO 1.Sebelum starting marshall panggil 5 buah motor terlaju dalam time qualifying untuk masuk dulu. Boleh pilih tempat.ada 20 slot semuanya dekat gate tu.Wan paling laju dia masuk dulu.Hahaha Tiba-tiba bila yang kelima tu, nombor motor aku naik...hahaha ada juge... Hati dah berdebar...Dekat starting gate tu tengok amoi bawak papan tanda 15 second...motor dah perah-perah dah...pastu 5 second...gate turun...terusssss berlumba dapat 9 lap.

d)Pukul 4 ptg MOTO 2.Macam moto 1 jugak.Berlumba lagi.9 Lap jugak.Race habis.Tengok race kategori lain jer pastu.

e)Dalam pukul 6 result keluar...Wan KLX tetap dapat nombor satu walaupun dia jatuh tergolek di MOTO 2..aku?aku sendiri tak percaya...dapat nombor 3...samaada aku laju atau orang lain memang tak laju...hahaha jadilahhh...amaturrr...bukit pun kadang-kadang lompat kadang-kadang roll jerk...

Itulah pengalaman aku yang amatur ni.Apapun dapat tambah pengalaman diri masuk pertandingan AAM.Penganjuran perlu dipuji,everything smooth la,sedikit sebanyak cacat tu biasa la...adat..Tahniah kepada semua pemenang dan tahniah kepada penganjur...Terima kasih kawan-kawan atas sokongan kalian.Layan la gambar2 yang dapat diambil. Tak banyak sebab sibuk berlumba.

Dalam kategori open MX ...Pro semua, Indonesia ada, Malaysia, Brunei, Sabah dan semanjung. Rider Demak yang glamer dari Kodiang,Kedah pun ada.Guna Demak DFORCE. 
  

No comments:

Post a Comment