Thursday, 30 May 2013

Shoot out KX250F,RMZ250F,KTM250SXF,HUSKY250F,YZ250F DAN CRF250R motocross action mag 2013


motocrossactionmag.com ada buat Shoot out untuk 6 model 4 stroke motocross bagi model keluaran 2013. Semua model diuji secara serentak oleh rider-rider mereka untuk memberi peluang kepada kita untuk membuat pilihan yang lebih baik terhadap model motor.Maklumat begini adalah sangat baik. Kalau kita nak pergi test sendiri jenuh duit la.

Tiada motor yang sempurna. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya.Motor juga tidak sempurna tanpa rider yang hebat. Gabungan motor yang hebat dan rider yang hebat menjadi menjadi idaman semua.

Dalam masa yang sama, budget atau kos perlu diambil kira. Modal hangus untuk membeli dan mendapatkan model yang berkenaan serta budget overhead untuk nak maintain perlu juga difikir-fikirkan.Berikut hasil shoot out tersebut yang panjang lebar tetapi aku simplekan dalam jadual untuk korang tatap sebagai rujukan..Semua model ialah 250cc four stroke.


KAWASAN KAJIAN
HUSKY

YAMMIE
KATOOM
HONDA
SUZIE
KAWIE
RESULT
Horse power
37.86@
11000 RPM
37.13@
11600 RPM
42.89@
13500 RPM
38.44@
11000 RPM
38.01@
12700 RPM
41.15@
12300 RPM
KATOOM

Weight(Pounds)
229
218
231
220
224
227
YAMMIE
Price (USD)
$ 7199
$ 7290
$ 7899
$ 7420
$ 7599
$ 7599
HUSKY
Powerband
6
5
3
4
2
1
KAWIE
Suspension
6
1
5
2
4
3
YAMMIE
Handling
6
2
3
5
1
4
SUZIE
Brakes
2
3
1
6
5
4
KATOOM
Clucth
3
2
1
4
6
5
KATOOM
Durability
6
1
2
3
5
4
YAMMIE

So, menggunakan maklumat di atas, dapatlah kita ini sedikit sebanyak maklumat. Terus terang cakap, setakat tahun 2013 ni aku cuma tau macam mana nak cari YZ250F, KX250F dengan KTM250 XF jer..Model lain siapa yang jual, dimana jual dan macam mana nak cari aku tak tau.

Rasanya, macam susah nak dapatkan model-model motocross di Malaysia. Mungkin undang-undang, AP, cukai, peraturan atau rancangan permotoran negara belum bersedia untuk rakyat Malaysia terlibat dalam sukan Motocross seperti negara lain.

Tidak perlu pergi jauh. Indonesia dan Thailand merupakan antara yang jenuh dengan motocross. Tapi takpelah, hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri.Kalau model 2nd pun susah dapat, apatah lagi model baru. Nasib badan kata P.Ramlee...Ini la orang cakap, duit ada tak semestinya selesai masalah.Itu orang yang ada duit.Lagi pulak yang bulan-bulan nak kena hitung belanja bulanan macam aku ni. Kalau dah takde orang jual,for sure harga melampau-melampau, monopoli la apa lagi..dah takde saingan kan?.Nasib la.

Kepada you all's yang dah lama bergiat cergas dalam industri ini boleh kot cuba-cuba buka online jual beli motocross ni. Join venture dengan sapa-sapa yang berkenaan.Kalaulah semudah itu kan?. Takpelah, setakat ini dulu.

Tengok jadual dibawah, hasil akhir shoot out bagi 6 model ini.Dikatakan oleh magazine tu, KX250F 2013 adalah pilihan pertama diaorang. Tengok ranking dalam jadual bawah.


HASIL KESELURUHAN
SHOOT OUT
(IKUT RANGKING )
NAMA MANJA
1.KAWASAKI KX250F
KAWIE
2.SUZUKI RMZ250F
SUZIE
3.HONDA CRF250F
Honda
4.KTM 250XF
Katoom
5.YAMAHA YZ250F
Yammie
6.HUSQVARNA 250F
Husky

Kalau ada yang masih belum kenal model-model yang dimaksudkan tengok gambar dibawah sebagai salam perkenalan. Macam aku ni pun, baru je kenal model-model motocross ni. Manalah tahu kot-kot tersangkut cinta pandang pertama. Bertambahlah lagi rider-rider motocross di Malaysia ni.Apa lagi, pergi beli satu!.

KX250F
RMZ250F
CRF250R

TM250SXFYZ250F
HUSQVARNA 250F



No comments:

Post a Comment