Spesifikasi KLX150S scrambler motocross Dirt bike saya. Kali ini cerita tentang spesifikasi motorsikal Kawasaki KLX150S milik saya.
Dibeli pada tahun 2012 dengan harga On the road RM10,500.00 lebih kurang.Beli hutanggggg..bayar installment bulan-bulan,mana ada ongkos mau beli cash pakkk...jujur sungguh pulak aku ni. Tapi kalau tak buat installment maka tak tercapailah cita-cita murni aku ni. Takpelah, asalkan mampu ye tak?.
Kepada siapa-siapa yang tidak boleh bayangkan macam mana rupa standard motor Kawasaki KLX150S ni,sila tengok gambar dibawah.
Secara standardnya cover set dia selalunya banyak warna hijau jer, warna rasmi Kawasaki.Tapi ada jugak warna hitam,hitam merah dan jika tengok adiknya KLX D-Trekker 150s ada lain-lain warna selain hijau seperti hitam merah, biru hitam dan mungkin lain-lain.
Dibawah lagi adalah spesifikasi buku manual KLX150S.
Motor standard kilang : Rupa asal.
Spesifikasi Kawasaki
KLX 150s
§ Engine type: 4-step, SOHC, 2 valve cylinder
§ Engine capacity: 144 cc
§ Step x Diameter: 58.0 x 54.4
§ Ignition system: DC-CDI
§ System: air conditioning
§ Comparison of compression: 9.5: 1
§ Carburettor: KEIHIN NCV24
§ Maximum power: 8, 60 kW/8000 rpm
§ Torsi maximum: 12 Nm/6500 rpm
§ Type of transmission: 5-speed
§ Idle speed: 1400 (± 50) rpm
§ Type order: Perimeter, box-section, high
stainless steel
§ Suspensi front: 33 mm telescopic
§ Suspensi back: UNION-TRAK, monoshock swing arm
§ Front brake – rear: Hidrolic, single disc
§ Dimensions (PxLxT): 1975 x 760 x 1080 mm
§ Wheelbase: 1285 mm
§ Ground clearance: 250 mm
§ Handle bar: 760 mm, angle 42 º to 43 º left
and right
§ Speedometer: Compag analog
§ Front tires: 70/100 – 19
§ Rear tires: 90/100 – 16
§ Maximum weight: 228 kg
§ Weight empty: 108 kg
Kalau maintain standard seperti mengekalkan semua spec kilang termasuk cermin pandang belakang, ekzos asal dan tayar dwi-fungsi asal, pandangan aku ialah motor ini seperti dicipta untuk :
1) Daily commuter bagi kawasan-kawasan yang jalannya tidak bagus,
2) Jalan/kawasan berbukit yang memerlukan pick-up
3) Jarak perjalanan ulang-alik yang tidak jauh.
4) Mengurangkan kos penyelenggaraan (Motor ini sangat lasak).
Tetapi jika tuan punya melakukan sedikit modifikasi dan kena pada caranya, potensi yang lebih banyak dapat diperolehi daripada jentera ini.Samaada untuk kegunaan on-road atau off-road.Tepuk dada, Tanya selera.Go Kawasaki!.
Gambar atas : KLX150 yang telah menerima sedikit modifikasi.handle,Cermin pandang belakang, mudguard belakang termasuk lampu signal kiri kanan, tayar on-road. Ekzos masih standard dan kotak tool atas ekor belakang pun dibuang.Kacak...
No comments:
Post a Comment