Thursday, 27 June 2013

Motor Pitsterpro 250. Test kejap je.

Pada suatu hari yang ceria tu, aku membuat aktiviti melepak di trek Motocross Samarahan bersama kawan-kawan. So kebetulan pada hari itu, ada motor baru yang diturunkan oleh seorang rakan. Dari dalam trek kelihatan ceria je warnanya. Motor baru beli katanya. Model Pitsterpro 250.


 Pitster Pro 250

Ok, kagum sekejap dengan motor baru. Apabila rakan berenti berehat, terussss buat permohonan rasmi untuk mengetest motor tersebut. Ambik feeling kata orang. Al maklumlah, motor baru. Tak pernah tengok pulak tu. Motor ini diedarkan oleh kedai Ah boon. Kedai motor di Area Batu Kawa. New town Batu Kawa kuching tu. Nama kedai lupa pulak. Beliau banyak mengedar, menjual, memperbaiki dan mempromosikan motor-motor Pitster pro ini.

Pengalaman test motor. Review mungkin cetek je la sebab tak test lama-lama. Pastu aku bukan expert. Mula-mula, rakan kita ni bagitau motor ini legal on the road. Boleh bawak atas jalan maknanya boleh didaftarkan dan ada green card (geran). So kita boleh lah bawak jalan-jalan dan booking nombor plet kegemaran.Motor ni boleh jadi makhluk dua alam yang sah la.

Keseluruhan body motor ni tak ler besar dan takler kecik. Sedang-sedang. Mungkin disebabkan dalam kategori 250cc nampak macam KLX250 je la. Barang-barang dia nampak ok berpatutan la dengan harga yang dianggarkan RM8000.00-RM9000.00 je. Good point apa untuk beginners?. Motor 250 cc tu.

Untuk menghidupkan enjin, kita ada start button walaupun agak sedikit kasar gigi starter tu berbunyi. Biasa la, motor dua alam ni. Ekzos berbunyi dengan agak keras, mungkin belum tuning in sebab motor baru. Gaya pemanduan ok la. Power ada dimana-mana, handling jalan lurus ok, corner jer gagap sikit. Mungkin sebab aku tak terer. 

Pastu penyerap hentak depan dan belakang buat kerja yang sepatutnya. Untuk melompat double jump, table top memang tak jadi masalah.Power ada dan saiz fork dan absorber depan besar. Kalau orang yang berbadan kecil memang tak terasa la.

Tadi ada bagitau motor ni street legal. Pada pandangan aku, kalau motor ni ditukar menjadi motard memang terbaik la. Agak selesa seat dia. Ketinggian dari tanah takyah susah-susah nak adjust dah. Tinggal tukar tayar, ekzos dan beberapa modifikasi minor, memang boleh jadi motor motard yang cemerlang ni.

Ok, setakat itu dulu. Harap maaf. Spec teknikal tidak ditemui. Sedang mencari. Kalau aku jumpa spec teknikal dia nanti aku updated dalam ruangan teknikal sikit-sikit. Selamat mencuba motor baru.





No comments:

Post a Comment