Monday, 10 March 2014

Tips: Motocross for late beginners in Malaysia (Siri 1 daripada 2)

Salam sejahtera.

Mood pagi ini untuk menulis satu post. Tajuk adalah seperti di atas. Pertama sekali mari kita lihat definisi apa itu " Motocross for late beginners".

Definisi umum  :

 Motocross : Motorsikal yang dibuat khas untuk keadaan Off road samaada untuk kegunaan harian, kegunaan komersil, hobi, sukan dan perlumbaan.

Late : Lambat. Lewat. 

Beginners: Baru nak mula. Permulaan. Belum pandai.

 Definisi khas:
Motocross for late beginners : Menceburi bidang motocross  untuk kegunaan hobi, sukan dan perlumbaan bagi penunggang-penunggang yang lambat bermula (Umur telah melebihi 12 Tahun dan ke atas).


Kita telah lihat definisi. Kenapa umur 12 tahun ke atas  dikira lewat? apa asas saya?. Saya menyentuh asas melalui 3 faktor :

Faktor 1 : Industri motocross di USA, Eropah, Oceana. Negara pengguna motocross terbanyak bermula dengan umur kanak-kanak.

Di USA, Eropah dan Oceana, anak-anak kecil seawal umur 5 tahun telah diajar dengan asas tunggangan motocross. Ibubapa memasang roda bantuan kepada motorsikal anak-anak untuk mengajar asas tunggangan ini. Sama seperti pendedahan awal kanak-kanak untuk bermain bolasepak. 

Faktor 2 : Jenis motosikal yang disediakan oleh pengeluar mengikut had umur.

Di Malaysia susah jumpa motorcross ikut had umur. Susah jumpa sebab industri motocross di negara kita belum berkembang sampai ke tahap pengeluar boleh memasarkan untuk pasaran tempatan kita. Sebab itu rakyat Malaysia tidak banyak pilihan. Kepada yang kreatif dan inovatif mereka merekacipta cubcross. Motorcross hasil kacukan motor cub yang banyak didapati dalam pasaran Malaysia.

 Motosikal yang dikeluarkan oleh pengeluar ada 3 peringkat :

Peringkat beginners : umur 5 -12 tahun. Khas untuk asas tungganggan seperti kawalan minyak, cara tunggangan dan body position. Motor seperti ini dibina khas untuk kanak-kanak kecil. Selalunya disediakan tanpa clucth dan gear.(Motor automatik seperti skuter ). Pulas minyak motor jalan. Ini adalah untuk memastikan keselamatan kanak-kanak. Rekabentuk motorsikal adalah kecil dan rendah sesuai dengan saiz kanak-kanak kecil. Seperti pocket bike.

 Contoh seperti TTR50E, PW50, KTM50, KTM80, TTR110E, TTR125 LE.

Peringkat junior : Umur 12 - 17 tahun. Lanjutan kepada peringkat beginners. Apabila kanak-kanak tersebut tidak lagi sesuai untuk menunggang motorsikal peringkat beginners (kaki dah panjang, badan telah membesar), motor untuk junior pula digunakan. 

Pada anggaran umur 8 tahun, motor seperti KTM80, TTR110E ,TTR 125 LE, YZ125,KX125,CR125 pula digunakan sehinggalah kanak-kanak menginjak remaja. Range motor yang dikeluarkan pada tahap ini sangat banyak yang terdiri daripada motor 2 stroke dan 4 stroke. Tidak termasuk pilihan motor untuk trail atau trek. Ini terpulang kepada ibu bapa yang berkenaan dan tahap kebolehan anak-anak. 

Pada peringkat ini, mereka belajar menggunakan kuasa enjin, clucth control, gear control, brek control dan teknik seperti mengambil corner, jumping dan lain-lain lagi termasuk kaedah maintainance dan fungsi-fungsi bahagian motorsikal.


Peringkat Intermidiate / senior : Umur 18 tahun & selebihnya. Pada peringkat ini, penunggang telah matang sepenuhnya untuk tunggangan secara agresif. Lagipun secara undang-undang umur 18 tahun dianggap telah boleh membuat keputusan sendiri.

Semua basic tentang motorsikal telah dipelajari dan teknik telah dimahirkan. Pada peringkat ini motor seperti YZ125,KX125, CR125, KTM125 ,KTM150 ,YZ250X ,KX250F, KTM250F, CR250F,YZ250 ,KTM250 Banyak digunapakai sesuai dengan bentuk, berat badan penunggang dan kemahiran.

Range motor untuk peringkat ini adalah banyak seperti kelas 125cc, kelas 250cc, kelas 300cc, kelas 400cc dan kelas 500cc seperti YZ250,KTM250,RMZ250,CR250F, KX450F,KTM390,YZ450F, GAS-GAS dan lain-lain motocross yang memerlukan tahap kemahiran tinggi.





Oleh sebab motorsikal pun ada untuk kategori umur, bermaksud pada tahap beginners lagi entri ke bidang ini sepatutnya dibuat. Oleh itu,bagi saya pada umur 12 tahun sepatutnya telah masuk ke tahap junior. Jika bermula pada umur 12 tahun, saya menganggap telah dikira late beginners kerana ketinggalan sebanyak 7 tahun dari asas dan tidak bermula dari tahap beginners.Apatah lagi jika bermula pada umur 20-an atau 30-an. Setuju?. 

Faktor 3 : Budaya Orang Malaysia.

Budaya hidup masyarakat Malaysia ini tidak mementingkan sukan secara serius di awal umur kanak-kanak. Sebab?, faktor budaya kita. Sewaktu kecil kita hanya didedahkan kepada permainan konda kondi je. 

Tidak ramai sebenarnya ibu bapa yang sanggup atau membantu perkembangan kanak-kanak dalam bidang sukan dalam masyarakat kita. Bukan saja motocross malahan sukan-sukan lain. Sebagai contoh : Jika motocross memerlukan sebuah motor yang harganya mahal dan tidak dapat disediakan untuk anak-anak, apa kata bantu anak-anak beli sebiji bolasepak, riket badminton atau alat memanah.

Beli bola sepak tanpa membeli kasut dan membawa mereka ke padang bola TIDAK Berguna.

Beli reket badminton tetapi tidak sediakan bulu tangkis dan kawasan netting yang betul TIDAK Berguna.

Beli alat memanah tanpa tempat memanah TIDAK berguna.

BUKAN SEKADAR MEMBELI ALAT, perhatian ibu bapa juga diperlukan.

Masyarakat kita banyak penumpuan kepada akademik (BUKAN SAYA MENENTANG PENEKANAN TERHADAP AKADEMIK, HARAP SEMUA FAHAM MAKSUD SAYA), itupun kadang-kadang hangat-hangat taik ayam. Beberapa tokoh yang terkenal sekarang diterapkan dari zaman kanak-kanak mereka. Lihat saja Dato Nicole Ann David. Bermain skuays dari zaman kanak-kanak. Saya kira, bukan saja sukan motocross, apa sahaja perkara perlu diterap dari zaman kanak-kanak apatah lagi perkara yang memerlukan kemahiran.

Saya tidak menyentuh tentang kemampuan ibu bapa, sumber kewangan, faktor kehidupan, kerja dan lain-lain yang saya kira agak sensitif bagi masyarakat Malaysia kalau bab sukan ni.  Itu isu yang semua sukan di Malaysia hadapi. Dilema perkembangan sukan kanak-kanak. Mungkin perubahan sedang berlaku.

Inilah antara faktor yang saya ambil kira. Umur 12 tahun ke atas dikira lewat untuk bermula dalam bidang motocross. Apatah lagi kalau umur 20-an, 30-an baru nak menceburi bidang ini. 
Late beginners boleh terjadi disebabkan oleh beberapa perkara :
1) Tiada pendedahan awal oleh ibu bapa.
2) Minat tetapi tiada kemampuan pada waktu dulu.
3) Minat tetapi tiada masa pada waktu dulu.
4) Minat tetapi tiada kawan-kawan
5) Minat tetapi tiada tempat.
6) Minat, ada kemampuan, ada kawan-kawan dan ada tempat tetapi tidak tahu.
7) Dulu tidak berani mencuba, sekarang dah berani.
8) Terpaksa sertai sebab kawan-kawan ajak.
9)Pencarian hobi.
10) Perkembangan diri 
11) Aktiviti untuk anak-anak kelak.
11) dll....

(Sebab minat dan kewangan kot yang paling mustahak.)

 Walaubagaimanapun, belum terlambat untuk bermula diperingkat umur mana pun. Bak kata pepatah orang putih, "Better late than never". Lagipun jika untuk hobi dan pengalaman boleh saja kerana motocross dikategorikan sebagai sukan (Sukan bermotor.).Tepuk dada tanya selera.

Oleh sebab itu, post akan datang adalah tips-tips untuk late beginners dalam sukan ini. Saya juga late beginners. Saya akan cuba kongsikan pengalaman saya dan rakan-rakan. 

Bersambung ke siri 2.



Berita : Kehilangan pesawat Boeing MH370

Salam sejahtera semua. 

Minggu ini kita dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat Boeing MH370 yang berlepas dari Malaysia ke Beijing China. Kehilangan ini menjadi berita sensasi kerana pesawat hilang dari radar dengan tiba-tiba dan tiada ditress call atau panggilan kecemasan dibuat oleh juruterbang yang berpengalaman. Tambahan pula dengan penemuan terakhir semasa semakan penumpang dibuat terdapat penumpang misteri didalam pesawat tersebut. 

Pelbagai andaian dan teori dibuat untuk mengaitkan sebab musabab kehilangan pesawat ini. Menurut berita TV1, pesawat didapati hilang 1 minit sebelum memasuki ruang udara Vietnam dan Pihak Thailand tidak mengesan pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Menurut berita ini juga, cubaan pusat kawalan untuk menghubungi pesawat ini gagal dan terdapat sebuah pesawat yang berhampiran cuba menghubungi tetapi hubungan terlalu kabur sebelum terputus. Pihak ketenteraan Amerika Syarikat berpengkalan di Thailand juga diberitakan ada mengesan pesawat ini tetapi tiada berita lanjut.. Tindakan mencari dan menyelamat kini digiatkan mulai daripada kehilangan tersebut mengikut S.O.P pihak MAS.


Pesawat boeing MH370 dikatakan pesawat yang paling selamat jika melihat kepada track record dan digunakan secara meluas oleh MAS. Diharap pesawat ini dapat ditemui dengan segera dan kepada semua keluarga magsa diharap bersabar menghadapi peristiwa ini. Pesawat hanya mempunyai minyak untuk terbang selama 7 jam dan maksimum 9 jam dan sehingga kini kehilangan telah masuk hari kedua ( telah pasti pesawat ini tidak boleh terbang lagi) dan pihak MAS menyarankan agar kita semua bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Kepada rakan-rakan semua, marilah kita elakkan diri daripada terlibat dalam komen-komen dan cetusan pendapat yang tidak mempunyai asas. Berfikirlah secara waras dan jangan sesekali mencemarkan kecerdikan anda dengan analogi-analogi yang hampess.

Semoga semua bersabar.


Thursday, 6 March 2014

JENIS FORK DALAM MOTOCROSS & SCRAMBLER : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah. 3 terakhir)



JENIS FORK DALAM MOTOCROSS & SCRAMBLER : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah. 3 terakhir)

Untuk memahami post ini, tuan-tuan dan puan-puan pembaca boleh melihat siri bahagian 1 dan 2 seperti berikut :

:  JENIS FORK DALAM MOTOCROSS & SCRAMBLER : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah. 1).

JENIS FORK DALAM MOTOCROSS & SCRAMBLER : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah. 2)

             Setelah kita memahami (sedikit sebanyak) tentang fork dan fungsinya serta perbezaan antara fork konvensional dan fork USD kini kita boleh lihat pula penggunaan fork ini dalam motor offroad atau motocross.


Dalam gambar di atas, ada dua jenis fork yang digunakan.  Gambar sebelah kiri fork Konvensional dan gambar sebelah kanan ialah fork USD.

Terdapat pendapat yang beranggapan bahawa fork USD adalah lebih baik daripada fork konvensional dalam setiap situasi. Tidak semestinya. 

Advantage menggunakan fork USD ialah ia meningkatkan kekukuhan (rigidity) dan menentang flexibility, namun kadang-kadang flexibility ini diperlukan. Fork USD diciptakan untuk menerima beban stress yang tinggi seperti menyerap hentakkan ketika landing selepas melompat bukit motocross dan menahan keadaan stress apabila membrek pada kelajuan tinggi sewaktu mengambil selekoh (corner).

Bila flexibility diperlukan?. Kita lihat melalui 2 tugas penting fork iaitu mengawal motorsikal dan menyeraphentakkan. Kita lihat bagaimana flexibility mempengaruhi dua tugas ini :
 
Pertama : Flexibility vs kawalan

 Kita perlu mengawal motosikal. Apabila kita memusingkan handle bar, kita mahu tayar hadapan berpusing dengan serta merta tanpa wujud kelewatan. Sewaktu ini flexibility amat diperlukan.
Kadang-kadang kurang flexibility ini menyebabkan kawalan handle bar lebih baik tapi ada kelemahan jika terlalu kurang flexibility iaitu apabila tayar hadapan deflected (terbias) dibahagian tepi disebabkan batu atau bonggol dihadapan, impak itu akan dirasai terus ke handle bar dan tangan penunggang. Keadaan ini akan menyebabkan motosikal dirasai kurang stabil dan perasaan “nak jatuh” akan muncul. Ini kesan apabila fork USD dipasang kukuh pada diameternya yang besar itu.



Sebaliknya pada fork konvensional yang lebih flexsibel, jika terjadi perkara yang sama, fork mempunyai sedikit flexibility. Kawalan motorsikal dirasakan lebih baik. Sebab itu, terdapat motorsikal masih menggunakan fork konvensional kerana ingin mengekalkan advantage flexibility ini seperti Scrambler.

Kedua : Flexibility vs penyeraphentakkan

Apabila fork menghentam halangan seperti batu atau bonggol dihadapan, fork akan compress untuk menyerap hentakan yang berlaku. Kita memikirkan bahawa, apabila terkena halangan, tayar akan naik ke atas mengikuti compression fork secara selari. Walaubagaimanapun, anggapan ini tidak semestinya benar. Ada juga hentakan yang menyebabkan stress bukan secara selari kepada fork (ke kiri dan ke kanan)



Walaupun fork yang lebih kukuh seperti Fork USD akan menghantar sedikit kesan hentakkan terus ke handle bar dan tangan penunggang, tuning yang betul kepada fork spring akan mengurangkan kesan ini. Dengan menggunakan handle bar yang lebih flexible juga akan membantu mengurangkan kesan gegaran kepada tangan penungggang.

Masalah akan lebih sukar apabila motosikal disendengkan ke sebelah (sideway).  Apabila  tayar mengenai batu atau bonggol, tekanan bukan sahaja bertindak selari ke atas dan kebawah fork tetapi akan cuba untuk menekan fork dari kiri ke kanan atau sebaliknya (vertical and sideway).
Fork USD  yang lebih kukuh akan menentang pergerakanke  sebelah ini (sideway motion) dan membuang tayar kesebelah (drifting) manakala fork Konvensional akan” menyerap” sedikit kesan impak ini dan masih mengekalkan laluan tayar yang sama. Serapan fork konvensional akan menyebabkan kawalan dirasakan sedikit mudah dan membantu penunggang untuk mengawal dengan lebih baik berbanding fork USD.


Jadi yang fork yang mana menjadi pilihan kita?. 

Semua faktor kejuruteraan ini ada compromise dan tidak semestinya baik dalam semua situasi. Jika kita menunggang di atas pavement secara aggressive mungkin kita akan lebih menggemari apa yang fork USD tawarkan. Begitu juga jika kita menunggang secara aggressive  di atas jalan off road dan trek yang ada jumping dan halangan-halangan berbukit. Fork USD akan dirasakan lebih baik walaupun terpaksa mengimbangkan sedikit kekurangan fork USD sewaktu sideway motion. Fork USD memang diciptakan untuk menyerap hentakan yang lebih kuat dan menerima stress sewaktu mengambil selekoh apabila motorsikal disendengkan secara laju.

Fork konvensional pula mempunyai kelebihan apabila menunggang di kawasan yang sederhana extreme seperti off road yang sederhana. Jika menunggang secara sederhana di kawasan yang berpasir, kawasan yang memerlukan cengkaman tayar yang lebih dan kawasan yang memerlukan motorsikal disendengkan secara maksimum sewaktu mengambil selekoh fork konvensional lebih baik. Advantage fork konvensional akan lebih kelihatan apabila tayar hadapan diperlukan untuk tunggangan di atas akar kayu, batu-batu dan halangan kecil yang lain.

Nota akhir:

Seorang yang novice dalam motocross mungkin akan mengawal motorsikal dengan lebih baik jika menggunakan fork konvensional walaupun terdapat kekurangan. Ini dapat dilihat apabila mengambil selekoh. Fork konvensional akan membantu kawalan dengan lebih baik.

Manakala, lebih berat motosikal itu dan lebih focus kepada pemanduan extreme, advantage kepada  fork USD  lebih menyerlah.Pada masa ini dengan teknologi terbaru terdapat Fork udara dan separate function fork yang menggunakan udara menggantikan minyak atau sebahagian minyak dan mempunyai fungsi berbeza untuk memudahkan setting pada setiap fork berbanding kaedah terdahulu.




Sekian, post mengenai fork. Walaupun ringkas, diharap post ini dapat memberi sedikit sebanyak penerangan tentang fork motorsikal kita.

 Bahagian 3 tamat.

Monday, 17 February 2014

JENIS FORK DALAM MOTOCROSS & SCRAMBLER : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah. 2)



JENIS FORK DALAM MOTOCROSS : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah. 2)

Kebaikan dan keburukan (Fork konvensional vs fork USD).


Kalau ikut pembacaan saya, kedua-dua fork ini ada pro dan kontranya yang tersendiri. Mengikut sejarah, fork konvensional muncul terlebih dahulu dan kemudian inovasi menyebabkan terciptanya fork USD. Walaubagaimanapun, post ini adalah berkenaan kegunaan fork konvensional vs fork  Upside Down (USD) bagi motocross dan scrambler dan yang seangkatan.




Jika merujuk kepada gambar di atas, kita telah dapat mengenalpasti jenis fork berdasarkan fungsi komponen-komponennya. Kepada yang belum kenal, boleh membaca penerangan daripada post :  JENIS FORK DALAM MOTOCROSS & SCRAMBLER : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah. 1).

http://arztman.blogspot.com/2014/02/jenis-fork-motocross-scrambler.html


Kebaikan keburukan fork konvensional.


1.       Dalam rekabentuk  Fork conventional, slider (slider :mengandungi spring, minyak fork dan lain-lain alat kelengkapan untuk membolehkan stanchions belah atas tu bergerak sebagai penyerap hentak.) berada dibahagian bawah dan memegang kedudukan tayar hadapan. Dengan cara ini stanchions akan bergerak ke bawah ke arah slider. Jadi fork konvensional lebih ringkas tindakan mekanikal  dalam menyerap hentakan.  



2.       Fork konvensional juga dapat mengurangkan maintainance kerana minyak didalam fork lebih selamat berada dikedudukan bawah.(Kurang kebocoran jika seal lemah).



3.       Fork konvensional lebih flexible kerana batang yang lebih kecil diikat kepada Triple Clamp.



4.       Walaubagaimanapun, fork konvensional lebih terdedah kepada elemen :

a.       Slider berada dikedudukan bawah. Komponen dalam slider boleh terjejas kerana terkena batu atau sentuhan-sentuhan muka bumi.



5.       Fork konvensional diikat ke triple clamp pada stanchions yang memiliki diameter batang yang lebih kecil daripada slider. Saiz diameter triple clamp menentukan kekuatan pegangan clamp tersebut. Lebih kecil, lebih kurang kekuatannya (lebih fleksibel)



6.       Fork konvensional kurang tahan kepada stress beban dengan baik. Ini disebabkan rekabentuk menjadikan fork conventional sentiasa berada dalam keadaan stress dimana beban sentiasa dikenakan kepada komponen slider.



Kebaikan keburukan fork Up Side Down (USD)


1.       Dalam fork USD, Slider yang mengandungi komponen penting didalamnya berada dikedudukan atas dan diikat ke triple clamp. Stanchions akan bergerak ke atas untuk menyerap hentakan. Kedudukan ini membolehkan fork menerima stress beban yang tiba-tiba dengan lebih extreme.



2.       Fork USD lebih kukuh kerana diikat ke triple clamp pada slider yang lebih besar diameternya, walaubagaimanapun, ia kurang flexible kerana kekukuhan ini.



3.       Slider pada fork USD kurang terdedah kepada elemen kerana berada di kedudukan atas, tetapi stanchions perlu dilindungi. Sebab itu kebanyakkan fork USD akan dipasang dengan guard.



4.       Fork USD meningkatkan kekukuhan motosikal dan menentang fleksibility .

Contoh : Gambarajah keratan rentas bagi sebatang fork. Boleh anda tentukan jenis bagi fork dalam gambarajah ini?.






Bersambung dalam Bahagian 3…

JENIS FORK MOTOCROSS & SCRAMBLER : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah. 1)



JENIS FORK DALAM MOTOCROSS & SCRAMBLER : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah. 1)


Ok. Post kali ini agak teknikal. Terima kasih kepada sahabat kita di Sibu kerana bertanya tentang fork. Jadi dalam kelapangan masa, saya mencari input-input melalui pembacaan buku-buku teknikal dan laman-laman web yang berkenaan. Ada sebahagian yang saya kongsi disini adalah pemahaman peribadi dan sebahagian lagi saya quote terus dari penulis-penulis berkenaan untuk mengelakkan salah maksud. Tambah ilmu dan berkongsi info.


Apa itu fork ?


Fork adalah komponen dibahagian hadapan motorsikal kita yang berfungsi sebagai pemegang roda hadapan, handle bar dan peralatan seperti throttle minyak, lever brek, lever clutch dan lain-lain seperti suiz lampu. 


Sesuai dengan peredaran masa, fork juga berfungsi sebagai penyeraphentak. Komponen penyeraphentak ini dibina bersekali kedalam fork. Dalam motocross atau scrambler fork memainkan peranan penting untuk menyerap hentakan-hentakan kasar offroad atau heavy riding dalam trek lumba yang berbukit-bukit termasuk membantu handling.


 Tak payah cerita panjang kot tentang asal usul fork ni. Pakat-pakat paham yer.Kita pergi ke isi kandungan. Yang dibincangkan dalam post ini ada dua jenis. Selalu digunapakai untuk motocross, scrambler dan seangkatan. Jenis Konvensional dan jenis Upside Down.


1.Fork Jenis Konventional


a. Jenis fork dapat dikenali dengan kedudukan stanchions. (A stanchion is a sturdy upright fixture, that provides support for some other object.They are often not a permanent fixture, so that they may be expediently enlisted or removed whenever desired). Untuk fork conventional, stanchions ini berada dibahagian atas dan diikat oleh Triple Clamp. 


Bahasa mudah. Batang fork yang saiz kecik tu dok belah atas.


b. Slider (batang yang besar) berada dikedudukan bawah dan memegang kedudukan tayar hadapan. Dalam slider inilah ada spring, minyak fork dan lain-lain alat kelengkapan untuk membolehkan stanchions belah atas tu bergerak sebagai penyerap hentak.


Contoh : Tengok gambar KLX150s ni. Fork belah bawah tu besar (Slider) dan belah atas tu kecik (Stanchions). Ini fork jenis konvensional. Haaaa Nampak dah kan?. Senang sikit dah penerangan pasni…









2. Fork jenis Upside down (USD).


a. untuk fork jenis up side down,  Stanchions berada dibahagian bawah. Stanchions memegang kedudukan tayar hadapan.


b. Slider pula berada di kedudukan atas dan dipegang oleh triple clamp. (Triple clamp ni berfungsi sebagai pemegang, penentu keselarian fork dan menyambung ke frame motorsikal.)


Contoh : Tengok gambar KLX125 D trekker ini. Fork belah bawah kecik dan fork belah atas besar. Nampak tak perbezaannya?.







Bersambung dalam Bahagian 2…