Monday, 17 February 2014

JENIS FORK MOTOCROSS & SCRAMBLER : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah. 1)



JENIS FORK DALAM MOTOCROSS & SCRAMBLER : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah. 1)


Ok. Post kali ini agak teknikal. Terima kasih kepada sahabat kita di Sibu kerana bertanya tentang fork. Jadi dalam kelapangan masa, saya mencari input-input melalui pembacaan buku-buku teknikal dan laman-laman web yang berkenaan. Ada sebahagian yang saya kongsi disini adalah pemahaman peribadi dan sebahagian lagi saya quote terus dari penulis-penulis berkenaan untuk mengelakkan salah maksud. Tambah ilmu dan berkongsi info.


Apa itu fork ?


Fork adalah komponen dibahagian hadapan motorsikal kita yang berfungsi sebagai pemegang roda hadapan, handle bar dan peralatan seperti throttle minyak, lever brek, lever clutch dan lain-lain seperti suiz lampu. 


Sesuai dengan peredaran masa, fork juga berfungsi sebagai penyeraphentak. Komponen penyeraphentak ini dibina bersekali kedalam fork. Dalam motocross atau scrambler fork memainkan peranan penting untuk menyerap hentakan-hentakan kasar offroad atau heavy riding dalam trek lumba yang berbukit-bukit termasuk membantu handling.


 Tak payah cerita panjang kot tentang asal usul fork ni. Pakat-pakat paham yer.Kita pergi ke isi kandungan. Yang dibincangkan dalam post ini ada dua jenis. Selalu digunapakai untuk motocross, scrambler dan seangkatan. Jenis Konvensional dan jenis Upside Down.


1.Fork Jenis Konventional


a. Jenis fork dapat dikenali dengan kedudukan stanchions. (A stanchion is a sturdy upright fixture, that provides support for some other object.They are often not a permanent fixture, so that they may be expediently enlisted or removed whenever desired). Untuk fork conventional, stanchions ini berada dibahagian atas dan diikat oleh Triple Clamp. 


Bahasa mudah. Batang fork yang saiz kecik tu dok belah atas.


b. Slider (batang yang besar) berada dikedudukan bawah dan memegang kedudukan tayar hadapan. Dalam slider inilah ada spring, minyak fork dan lain-lain alat kelengkapan untuk membolehkan stanchions belah atas tu bergerak sebagai penyerap hentak.


Contoh : Tengok gambar KLX150s ni. Fork belah bawah tu besar (Slider) dan belah atas tu kecik (Stanchions). Ini fork jenis konvensional. Haaaa Nampak dah kan?. Senang sikit dah penerangan pasni…









2. Fork jenis Upside down (USD).


a. untuk fork jenis up side down,  Stanchions berada dibahagian bawah. Stanchions memegang kedudukan tayar hadapan.


b. Slider pula berada di kedudukan atas dan dipegang oleh triple clamp. (Triple clamp ni berfungsi sebagai pemegang, penentu keselarian fork dan menyambung ke frame motorsikal.)


Contoh : Tengok gambar KLX125 D trekker ini. Fork belah bawah kecik dan fork belah atas besar. Nampak tak perbezaannya?.







Bersambung dalam Bahagian 2…

No comments:

Post a Comment