Honda CRF250R 2014
Syarikat motocross gergasi Honda telah mengeluarkan model baru 2014 bagi CRF 250R. Model ini telah dikeluarkan pada tahun 2013 lagi dengan pre-production pada bulan September tahun itu. Kini model CRF250R ini telah berada dipasaran USA. Harga USD 7599.00 Saje.
Team Honda telah memenangi East Title 250Sx pada tahun 2013 menggunakan model baru ini. Rider yang membawa balik trofi kejohanan ialah Wil Hahn.
Apa istimewanya model CRF250R 2014 ini?.
Pihak Honda mengatakan bahawa model ini dibina baru dengan peningkatan yang lebih baik. Berikut adalah peningkatan dan pembaharuan yang dinyatakan :
1. Frame aluminium yang rendah pusat graviti. Frame ini juga memusatkan kedudukan enjin agar berada di tempat yang memusatkan jisim motor. Farme baru ini juga dikatakan mengekalkan rigidity tetapi dalam masa yang masa menyimpan sedikit kilasan bagi membantu tunggangan.
2. Fork depan yang dipertingkatkan.
3. Swing arm baru.
4. Penyerap hentak (shock absober ) belakang yang baru.
5. Lingkage ratio yang dipertingkatkan.
6. Dual-Muffler exhaust. Ekzos kembar ini pernah dikeluarkan dulu tetapi diberhentikan kerana rekaan frame tidak mengizinkan pemasangan dua ekzos. Tetapi dengan ciptaan frame baru ini, Honda mengunakan semula konsep Dual Exhaust yang dikatakan menyempurnakan kesimbangan kuasa enjin dan keseluruhan jentera. Balance katanya.
Semua peningkatan dan pembaharuan yang dibuat kepada CRF250R 2014 ini adalah untuk meningkatkan kualiti tunggangan terutamanya sewaktu mengambil selekoh dan keperluan kuasa enjin.
Peningkatan dan pembaharuan lain.
a. Pembaharuan dan peningkatan compression piston.
b. Cylinder head dan porting baru.
c.Radiator yang baru dan lebih ringan.
d.New dual stage fuel injection timing. Untuk tumpuan kuasa pada low dan mid range.
Jadi, jentera Honda CRF250R 2014 ini bukan lagi seperti model-model terdahulu yang dipertingkatkan. Ia adalah sebuah jentera baru. Jika melihat dari segi organik, motor ini memang kelihatan kacak. Kuasa dan pengendalian pula perlu dilihat melalui SHOOTOUT bagi kelas 250 untuk tahun ini. Sama-sama kita nantikan.
HONDA. The Power Of Dream.
Specifications CRF250R 2014
ENGINE
DRIVE TRAIN
CHASSIS / SUSPENSION / BRAKES
DIMENSIONS
OTHER
Available Colors | Red |
---|---|
Model Id | CRF250R |
No comments:
Post a Comment