Thursday, 27 June 2013

Motor Pitsterpro 250. Test kejap je.

Pada suatu hari yang ceria tu, aku membuat aktiviti melepak di trek Motocross Samarahan bersama kawan-kawan. So kebetulan pada hari itu, ada motor baru yang diturunkan oleh seorang rakan. Dari dalam trek kelihatan ceria je warnanya. Motor baru beli katanya. Model Pitsterpro 250.


 Pitster Pro 250

Ok, kagum sekejap dengan motor baru. Apabila rakan berenti berehat, terussss buat permohonan rasmi untuk mengetest motor tersebut. Ambik feeling kata orang. Al maklumlah, motor baru. Tak pernah tengok pulak tu. Motor ini diedarkan oleh kedai Ah boon. Kedai motor di Area Batu Kawa. New town Batu Kawa kuching tu. Nama kedai lupa pulak. Beliau banyak mengedar, menjual, memperbaiki dan mempromosikan motor-motor Pitster pro ini.

Pengalaman test motor. Review mungkin cetek je la sebab tak test lama-lama. Pastu aku bukan expert. Mula-mula, rakan kita ni bagitau motor ini legal on the road. Boleh bawak atas jalan maknanya boleh didaftarkan dan ada green card (geran). So kita boleh lah bawak jalan-jalan dan booking nombor plet kegemaran.Motor ni boleh jadi makhluk dua alam yang sah la.

Keseluruhan body motor ni tak ler besar dan takler kecik. Sedang-sedang. Mungkin disebabkan dalam kategori 250cc nampak macam KLX250 je la. Barang-barang dia nampak ok berpatutan la dengan harga yang dianggarkan RM8000.00-RM9000.00 je. Good point apa untuk beginners?. Motor 250 cc tu.

Untuk menghidupkan enjin, kita ada start button walaupun agak sedikit kasar gigi starter tu berbunyi. Biasa la, motor dua alam ni. Ekzos berbunyi dengan agak keras, mungkin belum tuning in sebab motor baru. Gaya pemanduan ok la. Power ada dimana-mana, handling jalan lurus ok, corner jer gagap sikit. Mungkin sebab aku tak terer. 

Pastu penyerap hentak depan dan belakang buat kerja yang sepatutnya. Untuk melompat double jump, table top memang tak jadi masalah.Power ada dan saiz fork dan absorber depan besar. Kalau orang yang berbadan kecil memang tak terasa la.

Tadi ada bagitau motor ni street legal. Pada pandangan aku, kalau motor ni ditukar menjadi motard memang terbaik la. Agak selesa seat dia. Ketinggian dari tanah takyah susah-susah nak adjust dah. Tinggal tukar tayar, ekzos dan beberapa modifikasi minor, memang boleh jadi motor motard yang cemerlang ni.

Ok, setakat itu dulu. Harap maaf. Spec teknikal tidak ditemui. Sedang mencari. Kalau aku jumpa spec teknikal dia nanti aku updated dalam ruangan teknikal sikit-sikit. Selamat mencuba motor baru.





Wednesday, 26 June 2013

Tips: Simpan ler WD40 setin Chain Lube Setin Lap Tayar Sebotol Che Kiah Oiii

Simple jer Tips hari ini. Aku sibuk ni, banyak kerja.

So tips kita hari ni Che Kiah yerr....pasal barang-barang maintainance motor nih. Haaaaa Che Kiahhh...lepas ko basuh motor tu, lap-lap la dengan kain buruk ke kain baru ke bagi kering. Haaaaaa...baru nampak bersih, baru nampak calar-balar tuh....

Pastu haaaaa....ko spray la kat mana patut dengan WD40 tu . Halang karat, buang karat, cuci karat. Tambah-tambah di bahagian besi yang calar-calar tu. Paling tidak pun, at least la kannnnn....kalau dah karat tu, memang karat la....cegah la sikit.

Haaaa Che Kiah...pastu rantai, spoket tu ko spray la dengan Chain Lube atau pelincir rantai tu. Ko senyum ye Che Kiah bila aku sebut pelincir. Lucah ko. Ini pelincir untuk jaga rantai dengan gigi spoket tu. Boleh juga nak guna minyak enjin yang lebih-lebih servis kereta minggu lepas, minyak kelapa kat dapur emak pun boleh...Tapi Chain lube ni special sikit..Melekat dan melekit...hamboihhh ko Che Kiah...asal benda melekit-lekit ni, senyum je ko yeee... Kuning betul otak ko ni,.

Pastu Che Kiah....Haaaaa ko sapu la tayar dengan rubber shine tu...seat dia, bahagian-bahagian getah dia...haaaa baru la nampak cantik dan berseri. Yang penting lagi, barang tahan lama dan kurang la karat-karat dan bunyi-bunyian besi rantai pelbagai tu...Safety kooo....Macam mana safety? bila selalu belek sapu bendalah ni, macam-macam ko nampak Che Kiah...haaaa...manalah tahu, skru longgar ke hilang ke, waktu belek-belek ni la kita nampak.

Ada banyak lagi barang ni. Cuci air filter la, cuci tiub angin la, cuci fork la....tak la dapat beli semua Che Kiah oiii..ada yang ini pun cukup la... itupun berdarah hidung...setin sebulan...berdarah hidung aku Che Kiah.
Apapun, semua ini adalah untuk memanjangkan hayat motor kita. Jimat jangka masa panjang. Pastikan motor bersih, baru spray lap barang-barang ni. Kalau tak bersih tak payah. Membazir jer.Ini untuk mantain rupa atau kosmetik je. Luaran. Dalaman punya maintain lain pulak.

Tapi kalau korang nak spray jugak dengan tanah-tanah semua tu...ikut la...korang punya motor kan....nak tegur kang terasa pulak, merajuk la, bawa diri la...orang zaman sekarang kan? cepat jerk terasa...sikit-sikit merajuk, sikit-sikit terasa, tak macho langsung...tak tahan maki, tak tahan sakit....semua benda nak kena gosok...apa ko ingat budak-budak ke nak belai itu ini....come on la...grow up la...this is real life man...

"Hoiii....apa yang ko mencarut tu setan!!!!".....Che Kiah akhirnya bersuara...

Sekian, tips hari ini.






YZ250F Telah muncul dengan EFI mulai 2014

YZ250F 2014


Yamaha YZ250F adalah antara Brand Name yang telah gah dalam pasaran MX world. Walaubagaimanapun, ia mendapat banyak kritikan kerana tidak cukup R & D atau updated ke atas model-modelnya bagi tahun-tahun sebelum. Antara yang paling banyak diperkatakan ialah Yamaha YZ250F yang masih menggunakan teknologi karburator sehingga model 2013. 

Antara perbandingan, boleh dikatakan semua model 250F syarikat-syarikat pengeluar MX seperti Kawasaki, Honda dan KTM telah mengeluarkan enjin dengan EFI ke atas model 250F mereka sebelum Yamaha berbuat demikian. Katanya, YAMAHA mahu menjimatkan budget ke atas pembangunan MX mereka sehingga 2014.

Enjin dengan EFI

Kini, tahun 2014 hampir menjelma. YAMAHA dengan gahnya telah mula membuat roadshow untuk 250F yang terbaru.YZ250F dengan EFI. No more Carburator. Selain itu, YAMAHA juga telah membuat beberapa updated seperti cover baru, casis baru, Sistem ekzos baru dan yang paling penting, memastikan YZ250F mereka mendapat ciri-ciri baik daripada YZ450F yang telah menggunakan EFI sebelum ini.

 Sistem Ekzos baru, Melingkar.

Model YZ250F ini boleh dikatakan dinanti-nantikan oleh penggemar MX model YAMAHA kerana sebelum ini mereka compete dalam race dengan menggunakan carburator berbanding dengan pengeluar lain yang dah menggunakan EFI. Itupun prestasinya dah boleh tahan. Tunggu sahaja Shoot out untuk model ini. Baru kita boleh comparekan prestasi model 2014 dengan model-model yang terdahulu atau dengan pengeluar lain.

Apabila lihat Web page Yamaha, tarikh jualan model YZ250F 2014 ini akan bermula mulai Oktober 2013. Haaa lupa pulak. Kedai Yamaha Malaysia jangan harap nak jumpa model ni kecuali ada somebody yang bawa masuk. Itupun rasanya bukan untuk jual dalam pasaran terbuka Malaysia.

Jadi, siapa-siapa yang poket tebal tu, abang-abang yang masyuk, adik-adik yang kerja hebat-hebat, apa lagi? cari satu. Boleh juga kami tumpang tengok dengan dengar bunyik ekzos...jadik la.Hahaha.Lihat spesifikasi teknikal YZ250F 2014 dibawah untuk keterangan teknikal.



2014 Yamaha YZ250F Technical Specs

YZ250F

Engine

Engine type
liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valves
Displacement
250cc
Bore x stroke
77.0 mm x 53.6 mm
Compression ratio
13.5 : 1
Lubrication system
Wet sump
Carburettor
Fuel Injection
Clutch Type
Wet, Multiple Disc
Ignition system
TCI
Starter system
Kick
Transmission system
Constant Mesh, 5-speed
Final transmission
Chain


Chassis

Frame
Semi double cradle
Front suspension system
Upside-down telescopic fork
Front travel
310 mm
Caster Angle
26º 50
Trail
118 mm
Rear suspension system
Swingarm, (link suspension)
Rear Travel
315 mm
Front brake
Hydraulic single disc, Ø 250 mm
Rear brake
Hydraulic single disc, Ø 245 mm
Front tyre
80/100-21-51M
Rear tyre
100/90-19 57M


Dimensions

Overall length
2,170 mm
Overall width
825 mm
Overall height
1,280 mm
Seat height
965 mm
Wheel base
1,475 mm
Minimum ground clearance
330 mm
Wet weight (including full oil and fuel tank)
105 kg
Fuel tank capacity
7.5 litres
Oil tank capacity
0.9 litres



Friday, 14 June 2013

Tips : Jangan Biarkan Pemegang Ekzos Yang Patah

Ekzos CMS,AHM,FMF, DLL.Motocross Scrambler Dirt Bike.

Salam sejahtera dan salam hormat. Berita sedih sebab kena keluar duit poket telah melanda baru-baru ini.  Ceritanya begini.

1) Pemegang ekzoss sebelah atas tabung telah patah dimana mungkin disebabkan gegaran atau mana-mana bahagian ekzos terkena tayar belakang atau terjatuh semasa main di trek atau trail.

2) Telah dibiarkan bahagian pateri yang patah itu selama hampir 3 bulan. So bahagian tabung belakang ekzos tu tergantung sendiri ditampung hanya oleh paiping ekzos jerk.

3) Kehulu kehilir dengan ekzos tergantung tu selama 3 bulan tanpa ada apa-apa terjadi.

4) Walaubagaimanapun...sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Perkara yang lebih buruk berlaku dimana kawasan penyambungan antara tabung belakang dengan paiping telah koyak disebabkan terpaksa menampung beban yang lebih.Kannnn....kalau kena tukar ekzoss ni, menangis denn.


a. Kawasan yang pateri dia gagal. Kira patah la. Mungkin pernah jatuh atau gegar teruk sampai jadi macam ni. Stainless steel tu. So bendaalah ni aku dah biar dalam 3 bulan kot. Dah boleh guna lagi, buat apa susah-susah nak gi buang duit. Biar tergantunglah selama 3 bulan. Ok Jerkk.

b. Haaa ambik ubat. Pasal tak perbaiki tempat pegang ekzoss ke body motor tu, leher tabung ke paiping dah koyak. Macam pecah la. Bila tabung takde tempat pegang, kawasan leher ni la yang menampung berat ekzoss tu. Bayangkanlah ke hulu ke hilir pergi trek dan trail tu. Mau tak koyak. Tu pun nasib tak gugur dalam trail. Tahan lasak jugak la.

c. Tiada opsyen lain. Takkanlah nak dibiarkan juga keadaan tu berlarutan. Tak sayang motor takpe, tapi mencegah lebih baik dari mengubat walaupun dah terlambat. Ekzoss aku...sedih.

d.Dengan penuh kasih sayang, tabung ekzoss tu dikeluarkan untuk dihantar ke kedai pateri. Disebabkan ia stainless steel. Kena la pergi pateri gas.

e. Opss...sebelum pergi pateri, Ah John membuka tabung tu dulu untuk tukar fiber. Terpaksa la drill rivet, cuci dalam-dalam dia dari segala kotoran dunia. Pastu pergi hantar kedai yang ada pateri gas.

f. Semasa tragedi kebocoran ekzoss ini berlaku, dimana terdapat koyakan di bahagian penyambungan ini, kuasa motor telah berkurangan. Terasa lemau sikit. Tak pergi kata orang. Pastu bunyi dia tak payah cakap la...jiran cakap, agak gampang bunyi motor kau ni. Aku ok jerk, memang bunyi dia sebelum koyak ke selepas koyak ke, dengar sama jerkk....dah rentan bunyik kot.

g.Haaa kemas juga kerja-kerja pematerian di kawasan pemegang ekzoss ke body tu. Dah dipateri dengan kemas sekali. Harap-harap tahan la ko.

h. Akhir sekali pemasangan semula ekzos ini ke motor. Tengok si Ah John tu. Begitu teliti sekali membuat kerja. Kalau kitaorang pergi buat motor kedai Ah John memang kerja-kerja motor yang kritikal ni dia buat sendiri bukan pekerja dia.Haaa...garenti puas hati.

i. Kepada siapa-siapa yang hendakkan servis terbaik, datanglah kesini. Aksesori pun ada. Area kedai dekat bomba tabuan, Kuching arah pergi tol Kg.Gersik.

j. Banyak motor yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan Ah John.

k. Lain-lain jenis motor pun Ah John ada buat juga. Motocross dan motor lumba kepakaran Ah John ni sebab dia pernah berlumba dan pernah jadi mekanik rasmi sukan-sukan bermotor ini.

Akhir cerita, jika anda mengetahui terdapat kerosakkan pada motor anda, jangan biarkan ia menjadi parah. Hantarlah ke kedai mekanik yang berdekatan untuk didiagnos dan jika perlu diperbaiki segera. Sayangilah motor anda dan yang lebih penting lagi, keselamatan harus dijaga. Biar rosak dirumah jangan rosak dalam trail.

Thursday, 13 June 2013

Cerita Ringkas : Rebuild YZ250F Tahun 2005

Rebuild YZ250F 2005 motocross.

Pada beberapa hari yang lepas (awal Jun 2013), seawal jam 10.00 pagi aku bertolak ke kedai John bagi membuat Service biasa untuk KLX aku. Motor aku ni mengikuti jadual tiap-tiap 3 kali masuk trail pergi service minyak enjin. Sambil-sambil tu check break lining, karburator, timing dengan air filter. Jarang sangat motor buat masalah kecuali wear and tear la.

Kali ni bukan nak cerita tentang service motor. Tapi kebetulan dalam kedai John tu ada projek yang sedang dia usahakan untuk motor seorang customer dia. Cikgu sekolah katanya. Aku tak kenal.Cerita ini tentang rebuild YZ250F. Cerita biasa jer.Bukan cerita teknikal pun. Manalah aku terer bab tu.

Motor itu diceritakan 2nd dari mana entah. Model YZ250F tahun 2005. Kalau ikut cerita la.Harga cikgu tu beli dalam RM6,000.00 jugak. Condition waktu beli tak boleh running smooth la. So kena bikin semula. John jadi mekanik.

Dengar kata, Blok, piston, rod semua dibeli baru menggantikan blok lama. Kos dalam RM4000.00. Barang spare part tu datang dari USA by Pos. So siap cover upah, minyak dan sedikit itu ini, Total harga motor tersebut on the road kini mencecah RM11,000.00.

Kalau ikutkan pandangan mata, cun lagi motor YZ tu. Menarik tertarik. Tengok harga campur tukar ekzos, grip dan aksesori lain mahu pergi RM15,000.00 tu. Tapii takpe, moto offroad sekarang makin ada demand. Nak beli baru tahu-tahu sajalah harganya kan?.

Begitu lah ceritanya.Kalau tuan-tuan memerlukan khidmat Ah John, sila hadir ke workshopnya di Tabuan Jaya. Kalau datang dari round about tabuan (Yang dekat kedai dealers Nissan tu), ambil jalan ke Quaters polis tabuan. Pastu jumpa lagi round about, ambik pukul 12 terus jer. Akan nampak Stesen Minyak Shell pastu Balai bomba Tabuan Jaya. Kedai dia masuk kiri bertentangan dengan balai bomba tu. Corner Lot Hujungggg sekali. Senang cerita, Kalau jumpa balai bomba Tabuan Jaya, cari John Motor seberang jalan corner lot. Ada la dua tiga buah scrambler dan motocross kat dalam dan tepi kedai tu.Cubalah.

Wednesday, 12 June 2013

Kenapa orang pakai neck bracer untuk motocross



Leatt neck brace.

Kita tengok gambar yang dipinjam daripada brosure Leatt. Ia menerangkan fungsi neck brace tu untuk safety terhadap leher pemakai-pemakainya.Leatt ini adalah brand name yang banyak mengeluarkan barang-barang safety untuk motocross.


Sewaktu menunggang motocross dalam trek atau suasana offroad apatah lagi dalam perlumbaan, hentakan-hentakan terhadap bahagian-bahagian badan memang tidak dapat dielakkan. Hentakan-hentakan ini sebenarnya diserap oleh fleksibiliti badan kita dan ketahanan badan kita.




Walaubagaimanapun, terdapat had untuk badan kita terutamanya dalam hal fleksibiliti. Dalam cerita neck bracer atau nama aku bagi " pendakap leher", ia membantu mencegah bengkokkan leher dan tekanan kepada leher agar tidak terlalu ekstrem atau overlimit bagi leher manusia terutamanya ketika kemalangan, jatuh atau perlanggaran.


Disebabkan kebanyakkan kita memakai helmet sewaktu menaiki moto, helmet + neck bracer ni dilihat mampu menambahkan keselamatan terhadap leher. Jangan tak tahu, kecederaan leher boleh menyebabkan lumpuh, kerosakan saraf dan fungsi badan atau yang paling ekstrem adalah kematian.Bukan nak minta, tapi itulah hakikatnya. Setiap perkara perlu dianilisis risikonya. Cuma kita minta dijauhkan la.Amin.

Berikut adalah apa yang Leatt claim neck bracer dia boleh buat, untuk halang :

1) Hyperextension
 Keadaan tekanan yang memberi kesan bengkokkan keterlaluan terhadap bahagian  belakang leher.

2)Lateral hyperflexion
Keadaan tekanan yang memberi kesan keterlaluan terhadapbengkokkan bahagian tepi leher.

3)Posterior hypertension
Keadaan dimana leher dan helmet mendapat pergerakan yang ekstrem memberi kesan tekanan kepada bahagian belakang leher.

4)Coupled Axial Loading
Tekanan daripada  atas atau sudut tertentu yang terhasil daripada hentakan yang memberi kesan kepada leher.

5)Hyperflexion
 Tekanan terhadap bengkokkan leher di bahagian depan.

Tidak semua rider setuju bahawa alat ini selamat atau menyelamatkan.Pastu ada pulak yang mengatakan kalau pakai alat ni akan mengganggu keselesaan malahan akan menyebabkan kecederaan yang lebih parah bila kemalangan atau terjatuh.



Ikut pengalaman aku, sewaktu menunggang moto di trail atau trek, berat helmet itu sendiri akan menyebabkan leher kita menerima tekanan atau over flex samaada ke depan, ke belakang, kiri kanan atas bawah. Sakit jugak leher.Mungkin dengan pemakaian alat neck bracer dapat mengurangkan perkara ini terutamanya sewaktu kemalangan atau jatuh atau berlanggar atau overjump atau short jump (lompat tidak lepas la).

Okeh, sekian post kali ini. Terima kasih kepada brosure leatt yang aku jumpa di kedai John. Banyak design leatt yang cun-cun dalam brosure tu.Selain leatt, banyak model lain, harga pun pelbagai. Cubalah.



Friday, 7 June 2013

Final Trail 2012 motocross Scrambler Bukit Tinggi Sarawak

Trail scrambler motocross hill climbing, jumping, cornering, jatuhking.

Haaa, cerita kali ini adalah mengenai sejarah. Sejarah Final trail tahun lepas pada 30 Disember 2012 ke Bukit Tinggi. Area Sempadi, Lundu kalau tak salah lokasi la.

Seramai lebih kurang 27 orang termasuk motor masing-masing telah menyertai siri trail kali tersebut. Oh ya, kalau kira dalam gambar mungkin tak cukup 27 orang, maklumlah, ada yang sesat, ada yang tertinggal bas, dan sebagainya.

Perjalanan bermula di pagi hari seperti biasa dari Kota Samarahan menuju ke Kedai John. Berkumpul tengok motor adjust yang mana patut dan kemudian terus bergerak ke Feri Lundu dekat Kg.Rayu.

Dari Feri terus ke Bukit tinggi dimana perjalanan mengambil masa dalam 20 minit. Apabila tiba di Rumah Panjang Kangka, itulah dia Bukit Tinggi dimana perjalanan bermula.

Peserta dihidangkan dengan bukit yang tinggi, jalan offroad yang curam dan kes-kes mengangkut motor yang tergolek disebabkan permukaan berbatu licin. Namun semua selamat tiba ke destinasi dan pulang dengan selamat. Biasa la, cabaran.

Ada beberapa motor telah mencuba untuk mengundurkan diri, namun dapat dipujuk oleh Pak Din sebagai seorang otai yang hebat. Mungkin malu dengan kemampuan Pak Din yang Otai lagi Veteran pun dapat meneruskan perjalanan, mereka berubah hati.

Dan akhirnya, trail ini success apabila perjalanan tamat di Kampung Kangka. Bertolak balik tanpa insiden yang pelik-pelik kecuali Orang putih yang pengsan setengah Jam dalam Trail....Panas katanya trail Malaysia ni.... hehe...

Jumpa di lain post.

Thursday, 6 June 2013

Demak DTM150


Demak DTM150

Model Demak DTM150 ni merupakan model scrambler yang kedua selepas Kawasaki KLX150 dikalangan kawan-kawan dekat sini. Asal masuk trail jer pasti ada KLX dan Demak.So berikut dipamerkan spesifikasi Model yang glamer ini. Jangan tak tahu, walaupun bersaiz lebih besar dari KLX, kuasanya masih mampu menandingi KLX di dalam Trail dan Trek.

General information
Model:Demak DTM 150
Year:2011
Category:Cross / motocross
Rating:49.7 out of 100. Show full rating and compare with other bikes
Engine and transmission
Displacement:150.00 ccm (9.15 cubic inches)
Engine type:Single cylinder, four-stroke
Fuel system:Carburettor
Ignition:CDI
Cooling system:Air
Gearbox:5-speed
Transmission type,
final drive:
Chain
Chassis, suspension, brakes and wheels
Front brakes:Single disc
Rear brakes:Single disc
Physical measures and capacities
Dry weight:130.0 kg (286.6 pounds)
Overall height:1,100 mm (43.3 inches)
Overall length:2,070 mm (81.5 inches)
Overall width:865 mm (34.1 inches)
Other specifications
Starter:Electric & kick
Electrical:12V 7Ah battery
Color options:Orange/black
Comments:Sold in Malaysia.

Tips :Jika ada lebih baik...Water jet

YZ250f,KX250F,CRF250R?.

Post hari ini tentang mesin iaitu Water Jet. Ada nama lain ke?. Ada kot, maaf belum sempat google. Aku panggil Water Jet jer.Tengok gambar kat bawah ni. Kalau mesin ini ada nama lain tolong email bagitau ye.

Water Jet aku model Kacther.

Water jet ni mempunyai banyak fungsi. Kebiasaannya kita akan nampak di kedai-kedai mencuci kenderaan menggunakan mesin ini bagi membantu kerja-kerja mencuci. Ayat yang kita selalu dengar," tembak bagi cuci ye bang". Haaa itu sebahagian dari fungsi mesin ni. Ada banyak lagi fungsi dia.

Fungsi lain-lain,kalau di rumah, untuk cuci kereta, motor, lantai, longkang, karpet, bumbung dan pelbagai lagi la. Apa yang istimewanya ialah mesin ini mampu memancutkan air dengan laju. Sehubungan dengan itu,kotoran-kotoran akan cepat tertanggal.Ye lah, kalau kita menggunakan air paip dengan paip biasa tu, kekuatan pancutan air tu biasa-biasa jek. Jika guna water jet ni, silap kena air dekat muncung noozle tu, boleh tahan la sakit.Sebab laju air yang dipancutkan keluar tu.

So, kalau bermain motocross/scrambler ni, sudah tentu  motor selalu berselut dengan tanah ye tak?. Sebab berselut ni lah orang cop sukan ni comot. Yelah, tuan comot, motor pun comot. Camaner?.Naik superbike kan best?, smart je memanjang.

Selalunya selepas balik dari taril atau bermain trek, motor akan kotor la. Siap ada tanah 3,4 kilo kita bawak balik, tambah-tambah kalau lepas hujan. So balik rumah kena la cuci . Sebaik-baiknya setiap kali lepas main kita cuci la motor tu. Jangan biar sampai seminggu dua comot dengan tanah. 

Kesan kalau biar motor comot :
1) Motor akan cepat karat. Tambahan pula dikawasan yang terdedah disebabkan oleh calar, bengkok dan sebagainya.

2)Menyukarkan kita membuat penyelenggaraan motor. Ye la, dah comot.Nak buka skru pun tak jumpa.

3)Motor kelihatan tidak kemas. Bila motor tidak kemas, orang akan kata tuan dia malas.Boleh Ker?,Boleh la kan?.

4)Kalau tetiba kawan-kawan datang nak beli motor, tengok rupanya macam tu, kan dah jatuh value?.Ye ke? Ye la...

5)Bini marah, anak marah, mak marah, ayah marah, atuk marah, jiran marah. Kotor kata mereka.

Kalau pergi kedai cuci motor/kereta tu alamat kena caj la.Takpe la, dah dia buka kedai kan? kena la kita bayar. Selalunya untuk mencuci motor ni, ikut rate biasa je. Kecuali ada extra tanah, kotor banyak sangat, kita suruh sembur sana sini, tuan dia up la sikit. Biasa la, nak service baik, harga pun mesti baik. Rate dari RM3 sampai la RM5, siap wax tayar semua...Mungkin lain-lain tempat ada rate masing-masing. 

Lagi satu cara cuci sendiri. Cuci sendiri guna paip air atau baldi atau mesin water jet inilah. So, post ni tentang water jet. Kita cerita tentang water jet lah. Kelebihan guna water jet ni :

a) Jimat air. Serious, memang jimat berbanding guna paip atau baldi.
b) Memudahkan kerja. Jimat masa kita untuk mencuci.
c) Jimat duit sebab cuci sendiri. (Modal beli mesin, modal bayar bil air dan elektrik letak asing yer.)

Tapi mesin ini pun ada keburukannya.

a) Agak bising.Kalau cuci motor selepas subuh memang jaga jiran sebelah.
b) Kadang-kadang leceh memasangnya. Nak pasang 10 minit, nak guna 5 minit jer.
c) Bil elektrik ada tambah la.Kalau cuci guna paip, bil air jer kena caj...kalau guna mesin ni, bil elektrik kena tambah. Tapi walaubagaimanapun, masa mencuci kita jadi singkat. Masa itu kan emas?.

Kadang-kadang waktu rajin tu, hari-hari pergi main motor. Hari-hari motor comot. So hari-hari kena cuci. Sejak menggunakan mesin water jet ni, kehidupan ku tidak sama lagi. Lebih mudah kini. Hahaha iklan.
Kalau nak membeli water jet ni pulak, kawan-kawan ada syorkan tips begini :

a) Beli jenama yang selalu kawan-kawan pakai.Jenama yang dah terbukti.Mahal tidak semestinya tahan.

b) Hos noozle atau senapang gun tu kalau dapat yang panjang berjela 10 meter lagi bagus. Sebab kalau hos panjang kita boleh gerak bebas tanpa perlu ubah water jet tu berkali-kali. Tapi dengan syarat, mesin tu tidak terjejas fungsinya. Kalau dah panjang sangat kang tak laju pula pancutan airnya.

c)Wayar plug mesti panjang dan kalau boleh lepas guna dia roll sendiri masuk ke mesin. Haaa ini untuk memudahkan capaian kepada punca elektrik. Boleh la cuci motor jauh sikit dari pasu bunga emak tu.

d)Kalau yang ada roda lagi baik. Senang disimpan.

Berikut, bahagian-bahagian penting water jet ini. Harga pelbagai, RM299.00 sampai la RM1000.00 plus plus.Kenapa selalu ada harga RM299.99?.Sebenarnya itu strategi marketing tentang pricing barang. Dikatakan otak manusia nampak harga itu murah kalau kita letak tanda RM299.99...haaaa tengok waktu sale tu...mesti berlambak harga RM1.99, RM2.99...haaaa perasan tak?.

Ok, kembali kepada bahagian-bahagian penting ye. Lain model lain bahagian dia.Tapi fundelmental mesin ni aku ingat sama jer mana-mana brand pun.

Suis on off

Wayar punca elektrik

Water inlet

water out let

Noozle aka gun @ senapang


Ok, itu sahaja setakat ini. Oh, ye...model di atas adalah model home appliance. Yang untuk kegunaan biasa dirumah. Ada pelbagai lagi jenis sebenarnya. Yang guna pam diesel/petrol pun ada. Guna preasure hidrolik pun ada, eh banyak la. Tapi asas dia sama je...tekanan air.Ada alat ini memudahkan kerja mencuci, kalau takde pun takpe...sakit sikit la tapinye.Jumpa di lain post.