Leatt neck brace.
Kita tengok gambar yang dipinjam daripada brosure Leatt. Ia menerangkan fungsi neck brace tu untuk safety terhadap leher pemakai-pemakainya.Leatt ini adalah brand name yang banyak mengeluarkan barang-barang safety untuk motocross.
Sewaktu menunggang motocross dalam trek atau suasana offroad apatah lagi dalam perlumbaan, hentakan-hentakan terhadap bahagian-bahagian badan memang tidak dapat dielakkan. Hentakan-hentakan ini sebenarnya diserap oleh fleksibiliti badan kita dan ketahanan badan kita.
Walaubagaimanapun, terdapat had untuk badan kita terutamanya dalam hal fleksibiliti. Dalam cerita neck bracer atau nama aku bagi " pendakap leher", ia membantu mencegah bengkokkan leher dan tekanan kepada leher agar tidak terlalu ekstrem atau overlimit bagi leher manusia terutamanya ketika kemalangan, jatuh atau perlanggaran.
Disebabkan kebanyakkan kita memakai helmet sewaktu menaiki moto, helmet + neck bracer ni dilihat mampu menambahkan keselamatan terhadap leher. Jangan tak tahu, kecederaan leher boleh menyebabkan lumpuh, kerosakan saraf dan fungsi badan atau yang paling ekstrem adalah kematian.Bukan nak minta, tapi itulah hakikatnya. Setiap perkara perlu dianilisis risikonya. Cuma kita minta dijauhkan la.Amin.
Berikut adalah apa yang Leatt claim neck bracer dia boleh buat, untuk halang :
1) Hyperextension
Keadaan tekanan yang memberi kesan bengkokkan keterlaluan terhadap bahagian belakang leher.
2)Lateral hyperflexion
Keadaan tekanan yang memberi kesan keterlaluan terhadapbengkokkan bahagian tepi leher.
3)Posterior hypertension
Keadaan dimana leher dan helmet mendapat pergerakan yang ekstrem memberi kesan tekanan kepada bahagian belakang leher.
4)Coupled Axial Loading
Tekanan daripada atas atau sudut tertentu yang terhasil daripada hentakan yang memberi kesan kepada leher.
5)Hyperflexion
Tekanan terhadap bengkokkan leher di bahagian depan.
Tidak semua rider setuju bahawa alat ini selamat atau menyelamatkan.Pastu ada pulak yang mengatakan kalau pakai alat ni akan mengganggu keselesaan malahan akan menyebabkan kecederaan yang lebih parah bila kemalangan atau terjatuh.
Ikut pengalaman aku, sewaktu menunggang moto di trail atau trek, berat helmet itu sendiri akan menyebabkan leher kita menerima tekanan atau over flex samaada ke depan, ke belakang, kiri kanan atas bawah. Sakit jugak leher.Mungkin dengan pemakaian alat neck bracer dapat mengurangkan perkara ini terutamanya sewaktu kemalangan atau jatuh atau berlanggar atau overjump atau short jump (lompat tidak lepas la).
Okeh, sekian post kali ini. Terima kasih kepada brosure leatt yang aku jumpa di kedai John. Banyak design leatt yang cun-cun dalam brosure tu.Selain leatt, banyak model lain, harga pun pelbagai. Cubalah.
No comments:
Post a Comment