Thursday, 13 June 2013

Cerita Ringkas : Rebuild YZ250F Tahun 2005

Rebuild YZ250F 2005 motocross.

Pada beberapa hari yang lepas (awal Jun 2013), seawal jam 10.00 pagi aku bertolak ke kedai John bagi membuat Service biasa untuk KLX aku. Motor aku ni mengikuti jadual tiap-tiap 3 kali masuk trail pergi service minyak enjin. Sambil-sambil tu check break lining, karburator, timing dengan air filter. Jarang sangat motor buat masalah kecuali wear and tear la.

Kali ni bukan nak cerita tentang service motor. Tapi kebetulan dalam kedai John tu ada projek yang sedang dia usahakan untuk motor seorang customer dia. Cikgu sekolah katanya. Aku tak kenal.Cerita ini tentang rebuild YZ250F. Cerita biasa jer.Bukan cerita teknikal pun. Manalah aku terer bab tu.

Motor itu diceritakan 2nd dari mana entah. Model YZ250F tahun 2005. Kalau ikut cerita la.Harga cikgu tu beli dalam RM6,000.00 jugak. Condition waktu beli tak boleh running smooth la. So kena bikin semula. John jadi mekanik.

Dengar kata, Blok, piston, rod semua dibeli baru menggantikan blok lama. Kos dalam RM4000.00. Barang spare part tu datang dari USA by Pos. So siap cover upah, minyak dan sedikit itu ini, Total harga motor tersebut on the road kini mencecah RM11,000.00.

Kalau ikutkan pandangan mata, cun lagi motor YZ tu. Menarik tertarik. Tengok harga campur tukar ekzos, grip dan aksesori lain mahu pergi RM15,000.00 tu. Tapii takpe, moto offroad sekarang makin ada demand. Nak beli baru tahu-tahu sajalah harganya kan?.

Begitu lah ceritanya.Kalau tuan-tuan memerlukan khidmat Ah John, sila hadir ke workshopnya di Tabuan Jaya. Kalau datang dari round about tabuan (Yang dekat kedai dealers Nissan tu), ambil jalan ke Quaters polis tabuan. Pastu jumpa lagi round about, ambik pukul 12 terus jer. Akan nampak Stesen Minyak Shell pastu Balai bomba Tabuan Jaya. Kedai dia masuk kiri bertentangan dengan balai bomba tu. Corner Lot Hujungggg sekali. Senang cerita, Kalau jumpa balai bomba Tabuan Jaya, cari John Motor seberang jalan corner lot. Ada la dua tiga buah scrambler dan motocross kat dalam dan tepi kedai tu.Cubalah.

No comments:

Post a Comment