Trail scrambler motocross hill climbing, jumping, cornering, jatuhking.
Haaa, cerita kali ini adalah mengenai sejarah. Sejarah Final trail tahun lepas pada 30 Disember 2012 ke Bukit Tinggi. Area Sempadi, Lundu kalau tak salah lokasi la.
Seramai lebih kurang 27 orang termasuk motor masing-masing telah menyertai siri trail kali tersebut. Oh ya, kalau kira dalam gambar mungkin tak cukup 27 orang, maklumlah, ada yang sesat, ada yang tertinggal bas, dan sebagainya.
Perjalanan bermula di pagi hari seperti biasa dari Kota Samarahan menuju ke Kedai John. Berkumpul tengok motor adjust yang mana patut dan kemudian terus bergerak ke Feri Lundu dekat Kg.Rayu.
Dari Feri terus ke Bukit tinggi dimana perjalanan mengambil masa dalam 20 minit. Apabila tiba di Rumah Panjang Kangka, itulah dia Bukit Tinggi dimana perjalanan bermula.
Peserta dihidangkan dengan bukit yang tinggi, jalan offroad yang curam dan kes-kes mengangkut motor yang tergolek disebabkan permukaan berbatu licin. Namun semua selamat tiba ke destinasi dan pulang dengan selamat. Biasa la, cabaran.
Ada beberapa motor telah mencuba untuk mengundurkan diri, namun dapat dipujuk oleh Pak Din sebagai seorang otai yang hebat. Mungkin malu dengan kemampuan Pak Din yang Otai lagi Veteran pun dapat meneruskan perjalanan, mereka berubah hati.
Dan akhirnya, trail ini success apabila perjalanan tamat di Kampung Kangka. Bertolak balik tanpa insiden yang pelik-pelik kecuali Orang putih yang pengsan setengah Jam dalam Trail....Panas katanya trail Malaysia ni.... hehe...
Jumpa di lain post.
No comments:
Post a Comment